18 May 2015

Treat Point Maybank

Alhamdulillah sampai juga barang barang yang aku redeem.Selepas 1 Mei 2015 Treat Point Maybank akan jadi separuh dari jumlah semua point. Nasib aku sempat redeem sebelum 1 Mei. Antara barang2 yang aku dapat ialah seperti berikut..hihi..Guna debit card or card credit maybank akan dapat point. Dari situ anda akan dapat point dan jumlah itu anda boleh redeem. Aku memang penguna tegar maybank, lega sangat dapat barang. Tahniah ida. So bertambah barang rumah aku..hihi..

Mixer!!

Jus blander!!

Yes putri i sedang selfie....

Home Party

Minggu ini bermulanya kerja luar. Kali ini aku ditugaskan ke area KL. Sekarang aku di Cheras. Sementara tunggu vendor configure server, aku pun isi masa dengan kemaskini blog dan kerja kerja peribadi aku. 

Aku tengah plan untuk adakan home party, sekarang masa aku untuk pilih orang dan ajak. dalam bisnes Amway untuk berjaya anda perlu ikut cara Mentor. Sebenarnya bukan Amway saja,tetapi semua kerja perlu ikut cakap Mentor. Mentor itu ialah Bos kita. Bos yang berjaya. Bukan Bos yang kelaut. Aku bukan jenis yang ikut membuta tuli. Tetapi aku seorang yang mendengar kata. bila mendengar kata aku akan ikut nasihat dan arahan. Jika tengah buat buat tetapi arahan tak jelas dan ada masalah berlaku, aku akan terus persoalkan. aku tak teragak2 untuk pergi tanya mentor tersebut/penyelia or sapa yang bagi arahan yang kelaut memang aku akan warning..

So berbalik pada plan untuk home party, sbb sebelum aku pindah aku nak exit rumah dengan sedikit party dan ia berkaitan dengan amway bisness. sesiapa saja bole datang untuk tengok demo yang aku dan kumpulan buat.

Dari situ sesiapa yang hendak tahu berkaitan marketing plan dan produk juga akan ditunjukkan.

Anda tidak dikenakan sebarang bayaran.

Sesiapa yang baca blog ini boleh pm ida untuk join..0122742491

Selepas ini mungkin akan berpindah so kita akan lakukan di rumah baru..InsyaAllah..

Tarikh:30hb Mei 2015
Tempat: Presint 14 , Putrajaya
Masa: 2pm-5pm

13 May 2015

Mei 2015 Promosi Nutrilite Amway

Protien

Kehebatan  Protein, Kurniaan Alam
Dikuasakan oleh yang terbaik dari alam, NUTRILITE All Plant Protein Powder dirumus dengan Rumusan Adunan NUTRILITE yang eksklusif iaitu kombinasi unik soya, protein dan kacang pis.
Sesuai untuk berpuasa, ibu mengandung dan menyusukan baby
Sumber semula jadi
Tanpa laktosa
Mesra vegetarian
Tanpa kolesterol
Rendah lemak
Menyokong jantung dan keimunan anda





















http://mybisnessamway.blogspot.com/2015/05/protien-nutrilite-beli-menang.html

Kunci Rumah

Alhamdulillah berjaya juga kami dapatkan kunci rumah. Setelah bersusah payah ulang alik BPP akhirnya kami berjaya dapatkan kunci tersebut. Macam macam cabaran tau, berurusan dengan staff BPP. Malas aku nak citer kisah yang tak baik ni..Biarla ia menjadi kenangan..

Nak share sikit keadaan rumah kami..so far kami hanya melawat secara sambil lalu saja..macam tak leh terima hakikat kene stay umah comei ni..rumah kuarters pula jenis luas..memang la terasa sangat rumah kecik ni...hihi

Kunci Rumah

Beg Kunci

Budak2 happy masuk umah baru

Ruang laluan tengah

Pemandangan dari dalam..nampak kedai mamak..laki aku dah cakap nak lepak mamak nnt dgn sesiapa datang

03 May 2015

Sengatan Tebuan

Sebelum itu aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja. Cuti Panjang 4 hari ini kami plan untuk rehat. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita semua. 

Khamis petang huby ada msg yang dia lambat ada meeting. So aku ditugaskan untuk menjemput anak-anak. Aku pun plan untuk ambik alis dulu, baru afy. Masa aku tengah dalam perjalanan untuk ambil alis, huby aku call cakap yang meeting dia dah abis. Masa tu pula aku cakap kalau macam tu awak terus la ambil afy naik motor. padaha huby aku nak balik tukar kereta. Aku yang cakap terus je la ambil naik motor. ambil kereta dah lambat pulak..

So dia dari KL terus menuju ke Pinggiran putra ambil afy. Dalam perjalanan sebelum sampai tadika afy, dia terasa ada binatang belakang tengkuk dan rasa besar. Dia teruskan perjalanan sambil kirai2 koler baju sejuk dia. Masa tu pulak, binatang tu gigit.. Terus sakit sangat sampai tadika afy, dia binatang tu dah lari...

Balik umah bergegas mengadu pada aku yg sedang masak lelaju. elok jer terus aku cabut tengok bengkak terus satu muka dan badan..Laju2 aku carik ubat gatal dan tahan sakit. laju2 aku suh dia pi klinik. Klinik tutup sebab magrib..

 Balik umah semula aku paksa dia makan nasi dan kami terus pecut ke Klinik untuk ambil enjit gatal...lembab pulak doktor locum tu..aku bengang aku cakap cepat doktor nak tunggu apa lagi suami saya dah teruk ni!!baru la doktor tu enjet..doktor tu cuak...sebab tekanan darah laki aku makin rendah makin rendah...


So aku terus pecut ke Hospital Putrajaya.. Emergency ramai orang laki aku dah tak leh tahan..sesak nafas dan makin nampak pucat...

Terus tolak zon kritikal...duduk bilik ICU zon kritikal merah..pasang alat pernafasan dan pasang drip air...makan ubat..dan ramai2 doktor pantau. Tekanan BP dipantau melalui skrin. 

Terus waded. Jam 12 mlm naik wad. dengan buat ECG dan oksigen...

Pengalaman sungguh mencabar ketika ni..Nasib la otak aku cepat bertindak...anak2 aku call adik jaga tunggu tepi jalan pasing anak2 pada adik aku...NAsib juga la adik beradik aku dekat ...memang aku call kerah semua...jiran2 pula tiada.. terus bgatu family dia dan maksu paksu laki aku dtg melawat..adik ipar pun datang..

Kesimpulannya korang kalau ada kejadian ni,terusla ke emgency jgn tunggu lagi..Nyawa hampir diragut...aku mulala bayangkan anak2 aku tanpa suami..suami aku siap cakap, abi belum taruk penama KWSP..huhu..serius kau!!mmg cemas...bukan boleh main2 bila kene sengatan ini.

Bila diselidik, itu adalah sengatan Tebuan. Sekarang tebuan menyerang jika rumah dia rosak or apa.. Sebab suami aku lalu bawah pokok nasib afy tak kene..alhamdulilah suami aku dibenarkan pulang keesokan harinya...

Tebuan akan menyerang sesiapa sahaja jika sarang dia telah dirosakan.. Nenek cakap tebuan yg keliling pingang dia kuning tu bahaya boleh bawak maut..nanti ada masa aku search Pasal Tebuan..Musim hujan lagi bahaya sebab sarangnya akn hancur dek hujan..lagila tebuan ni bersepah2 hinggap mana2 dia nak hinggap..

Kita perlu sentiasa beringat dan berwaspada.. Betul Malang tidak berbau!!Mintak2 jauh...dan sentiasa perlu berdoa agar selamat pergi balik kerja dan pergi mana mana..amin



teruk sengatan tebuan..boleh buat BP makin rendah..

sian hubby aku

02 May 2015

Puan Manja & Konvo Adik

Minggu akhir april kami semua ke Johor. Ada jemputan untuk buat demo di sana. Sampai sana kami bermalam di Kota Tinggi. Tunggu punya tunggu customer yang buat temujanji tu tak muncul, Memang sakit hati la...tapi sabar jer la..sebelum bertolak aku dah call dan comfirm dengan dia. Nama dia Manja dari Kempas Johor. Sampai sana dia pulak buat buat lupa atau dia sibuk or apa hal emergency tak tau la. Aku niat ikhlas nak tolong dia show demo dan dia pun memang dah janji nak ajak mak dan adik beradik nak tengok. Aku ok la asalkan dia yang setuju aku on saja..

Aku tunggu siap call dan msg tak angkat langsung. Say sowi  or apa pun tidak. Tak pela aku dah lakukan yang terbaik, terpulang pada customer tu. barang2 semua dah bawak untuk demo. So bila tak jadi or dia senyap aku teruskan ke konvo adik aku keesokkan harinya..

kepada customer macam ni lain kali berjanji biar betul betul..aku datang keluarkan modal...sebelum ni aku ada mintak juga deposit tapi dia masih tak bank in bank in..aku cakap takpela asalkan aku call dia angkat cukup baik la...sudah sampai johor pulak dia tak angkat dan tak msg2 cakap apa apa...

Biarla lain kali Puan Manja jika baca blog saya, saya harap Puan insaf atas perbuatan ni..biar apa pun terjadi puan perlu infom or msg saya. sekurang2nya saya tidak tunggu lama di johor dan saya boleh terus buat bisness di tempat lain. saya berusaha untuk memajukan diri saya dan saya harap orang/customer memahami cara kerja saya. ini juga aku jadikan sebagai titik tolak dalam perniagaan. semoga aku kekal dengan momentum kerja ini untuk terus berjaya dan berjaya. Kesenangan tidak datang begitu sahaja, ia memerlukan pengorbanan wang dan tenaga. Moga2 aku sabar dalam bekerja dan berniaga. amin...

So aku ubat hati dengan konvo adik aku dan selepas itu kami pulang ke putrajaya. Gambar adik di FB




Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers