28 April 2015

BPP vs Pr1Ma

Setiap pagi setiap minggu kebelakangan ini,aku asik ke BPP untuk tanya status. Bila aku nak dapat kunci? Pada mulanya,aku memang tak heran sangat hal ni. Tapi lama kelamaan sebabkan ramai bakal penduduk prima merungut,aku pun mula la sibuk ke hulu hilir. Di saat ni masih tiada lagi status yang boleh aku banggakan..sakit hati lagi adalah.. bukan terdesak or aku gila sangat pasal umah tu, cumanya sakit hati peel BPP yang endah tak endah aduan penduduk prima. cuba la fahami kami yang tidak mampu untuk tanggung hutang dua rumah. satu rumah kuarter dan satu ansuran umah prima..dengan keadaan ekonomi yang makin membebankan,makin hari kami makin tertekan.

Siapa kata Untungnya dapat Prima..??takde untung mana pun,kami terpaksa hulu hilir menagih untuk realeasekan 20% lagi...

Padahal itu bukan kerja kami, gaji dah tolak nak tak nak kene gak la buat kerja2 ini...tiap2 pagi menagih simpati kat bpp...kerja opis kami takde mood nak buat...tertekan...jika dapat kunci,sekurang2nya boleh la kerja membersih or mendrill or apa2 sebelum puasa...harapan musnah...tak semudah itu...plan tahun ni lari kalau kami tak buat apa2 dengan umah baru...pindah lambat ke cepat,biar kita slow n smart uruskan perpindahan..jangan sampai kene halau kuarters sudah...

Akhirnya belila umah siap or 2nd hand barula senang hati..sediakan duit saja...umah pun mmg dah siap....lagi best..biarla 2nd pun...tgk umah baru macam macam ragam kita nak hadap...sabar jela...semoga penantian yang penuh penyeksaan ni akan berakhir dan kami nak kunci!!

luahan hatiku!!!

20 April 2015

Tahniah

Pagi

Sabtu lepas kami ada 3 temujanji. Pagi santu kami bangun awal untuk pergi ke tadika afy. Pada hari tersebut Hari Penyampaian Rekod Prestasi. Mula mula aku tak beria2 untuk pergi, tapi abi beria2 nak sangat pergi. Korang yang mengikuti cerita afy mesti tahu yang afy setiap pagi bangun lambat dan mandi pun lambat serta semuanya pagi2 setiap hari mesti kelam kabut.

So aku memang tak expect tinggi dengan dia.Hanya harap dia pergi sekolah dan belajar asal dapat sudah. Sebab apa, hari2 berperang untuk pergi sekolah, mana mungkin aku nak harap yang best2..lagipun dia bukan pelajar yang bagi aku la cikgu pun tak heran!! hahahhaha..jahat kan...dia selalu lasak dan entahla...dalam hati mmg doa moga dia makin matang dan yang penting pergi sekolah. itu sahaja.

Aku langsung tak ambik gambar depan sekolah,tahun lepas aku bergambar juga..aku tau nak ambik dan balik cepat2..

Terus jumpe cikgu kelas dia..

Terkejut aku!!abi pun terkejut!! masuk2..terus cikgu cakap tahniah DINI!!

What???dini dapat nombor 1..dua2 kelas...

5 tahun ada 3 kelas

wah2...mmg tak sangka..sgt2 tak sangka...walaupun baru penggal pertama...aku takde nak bangga diri,tapi inila perasaaan aku n abi...

Then terus afy cakap nak hadiah!!

aku still sampai sekarang tak beli hadiah besday..aku saja lambatkan...

rupanya aku kene beli double hadiah atas kejayaan dia..hihi..

ok ok...mummy akan belikan hadiah!!yang penting datang sekolah awal utk kekalkan prestasi....dan akhir tahun boleh dapat Hadiah dipentas...amin!!

Tengahari

kawan aku dari kuantan datang. dia datang untuk beli espring...dan balik semula ke kuantan...sepatutnya aku nak hantar ke kuantan, tetapi suami dia naik KLIA..so espring dia ambik dan pasang...

Malam

Aku ada temujanji demo espring dengan kawan opis..alhamdulillah aku dapat sharing ilmu penapis air pada dia...



17 April 2015

Home Birthday Party & Demo Product & Majlis Doa Selamat

Alhamdulillah lepas hajat aku nak buat bday party anak2 dan demo produk amway. 2 in 1. Fokus untuk memperkenalkan produk pada sanak saudara aku dulu. di samping makan makan aku show presentation eSpring dan Protien Powder.

eh lupa majlis ini 4 in 1 hihi..

1. Bday party alis afy
2. doa selamat adik ipar nak bersalin.
3. doa selamat adik aku yg PTD tu nak p Training Kadet di INTAN. selama setahun tak silap aku.
4. Demo produk amway

Semoga adik ipar aku selamat melahirkan baby dan kedua2nya sihat walafiat hendakNYA.

Selesai majlis ini kami terus kan acara memotong kek dan menjamu selera.

sambil menjamu aku terus la buat presentation eSpring dan Protien. Alhamdulillah antara makcik pakcik ramai yang bertanyakan soalan. But dalam masa sama aku banyak juga memuji dan mengkritik. Hasilnya aku dapat meningkatkan Comunication skill dan inprove lagi present utk akan dtg..so far protien juga mendapat sambutan...aku buakn menjual tetapi sharing produk yang betul2 bagus dari sumber yang baik..setelah itu hanya penonton yang akan menilai dengan demo dan boleh memikirkan mana yang bagus mana yang penting dan mana yang bermanfaat.

kehadiran sanak saudara ini lebih merapatkan ukhuwah kami yang masing2 sibuk dengan dunia masing2. semoga semua mendapat manfaat dari majlis ini. perut kenyang sebab makanan sedap serta hati pun puas dapat sharing produk dari amway..semua dah tau kehebatan produk amway..

anak2 memang happy la dapat potong kek. kek pun tempah khas. sebagai ibu bapa kami akan buat yng terbaik dan mengembirankan anak2 selagi mampu.

adik aku pulak nak training PTD di INTAN. dia pun akan tinggalkan anak bini...semoga menjadi pekerja yang baik dan cemerlang..sihat fizikal dan mental...biasala kerja kerajaan ni tak menentu..dapat yang susah,mmg susah,dapat yang senang mmg senang...ikut rezeki masing2...

Dalam hidup ini kita tak akan dapat apa yang kita mahu tanpa usaha..yang pasti kita tak dapat ubah ialah kematian dan masa..yang lain InsyaALLAH dengan doa usaha dan tawakal..

cukup setakat ini, aku pun curi2 masa taip blog masa kerja kat CMG Damansara ni...enjoy ur life!!

Kek Alis

kek afy

goodies tetamu

Gambar mmg bengang takde sapa yg tolong amik gambar

ini je gambar berempat

goodies utk cikgu afy

hadiah yang alis dapat

Hadiah yang afy dapat...tq yg bagi. semua anda semua murah rezeki..amin
untie yang ambik ni..muka aku macam nampak macam penjual jamu haha

tengah terangkan eSpring

aku harap yang kecik2 bawah tu antara downline aku akan datang hihi...melentur buluh dari rebung!!

makanan ni port luck order from semua...bila gabung banyak..dan semua sedap2.abis2.

Terima kasih jamuan ini untuk sedara mara sahaja..home party akan menyusul lagi selepas ini..


02 April 2015

Happy Birthday Abi

Selamat Ulangtahun ke 34 tahun. Putri doakan abi semakin diberkati olehNYa, diberi kesihatan yang baik dan semakin berjaya dalam bidang yang diceburi. Terima kasih atas segala yang telah kau curahkan padaku. Atas kesabaran dan kesungguhan dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan yang kita bina.

Semoga berbahagia dan semakin bertambah kebaikan dalam hubungan kekeluargaan ini. Amin..

Belanja makan ini saja hihi..no kek...

hadiah merangkap aku nak guna juga...semakin berusia semakin kita gagal bersenam..moga2 ini dapat membantu..usaha tawakal doa...hasil bermain kutu...

X Break Group PHiS

Minggu lepas kami ke PICC ada jemputan jamuan perpisahan dua orang kuat PHIS. Semoga yang diraikan semakin berjaya di tempat baru. Jangan lupakan group ni..Banyak kenangan yang tidak ada ditempat lain seperti kenangan kita PHiS..hihi...cewah!!

Kenangan bekerja yang mengeratkan keakraban dan kita sama2 susah dan senang dalam menjayakan projek ini.

Ok layan gambar. TQ atas jemuan ini.

En.Ashadi yang diraikan akan bertukar ke JKR KL

We are Power Rangers PHIS!

En.Faisal yang diraikan sudah berpindah ke Unit Pasca Banjir

kawan merangkap Bos






01 April 2015

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA

Aku just share benda yang baik untuk pembaca blog yang disayangi.
  1. Sikap dia berbeza. Orang berjaya tidak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen. "Apala itu takde ini takde" ...orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia tak suka duduk saja. Walaupun dia takde kerja,dia tetap cari kerja.
  2. Mereka ini pantas. Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak,dia nak. Tak fikir macam mana nak jadi.
  3. Mereka sanggup invest untuk kejayaan. Invest wang, masa dan tenaga
  4. Mereka bina networking yang bagus. Maksudnya anda adalah siapa kawan anda. Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.
  5. Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya.
  6. Mereka tidak bertangguh. Fast action, Fast result. Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Agak owner bisnes lembap, agak barang yang order tu bila nak sampai/siap?
  7. Tidak menghiraukan kutukan. Ada orang berniaga, bisness bagus tapi sibuk melayan apa orang cakap. Tidak ada ilmu sibuk layan kutukan orang.
  8. Mereka berkawan dengan orang yang betul.
  9. Fokus!! Fokus pada satu produk pada satu masa. itupun dah boleh jadikan anda NENEK JUTAWAN. Fokus pada 1 masalah pada 1 masa. Di mana ada masalah, di situ ada peluang. Di mana peluang, di situ ada wang. Di mana ada wang, di situ ada kekayaan.
  10. Mereka konsisten @ persisten. Presisten, tidak mudah putus asa. Dia nak, doa nak jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.
Okey jutawan. That All. saya dapat Tips dari pembacaan Dr.Azizan Othman

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers