30 January 2012

Hapy Bday to me...31Jan2012..genap 31thn...

Alhamdulillah..dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik..memang tak rasa apa untuk bday tahun ini..cepat sungguh masa berlalu..rasa umur 30thn pun rasa macam baru je celebrate..tup2 dah 31thn...wa mak dah tuo...

alhamdulillah semakin hari semakin baik..dan harapan supaya makin bertambah baik dari segi semuanya...ini semua ketentuan olehNya...

serius aku risau bila pertambahan umur bukan aku saja..korang pun samakan..umur2 30an inila yg byk ujiannya...banyak dah aku perhatikan..umur stat 30an la bermulanya episod suka dan duka...dulu 20an pun ada tapi kita relek lagi..still leh suka2 lagi..masa inila jatuh dan naik kita akan dapat dilihat dengan jelas...so perhatikanla...dan berusahala untuk tidak terus jatuh...dari segi apapun...

okla...aku wish agar tahun ni bersalin dikurniakan anak yg sihat walafiat cukup segalanya..bertambah baik segi kewangan kami sekeluarga..dan dapat lebih berhati2 ngn orang2 sekeliling...kerja dengan lebih bersemangat...dan nak jadi wife yang baik tapi bukan kene pijak..hahahahha...sememangnya aku baik pun...tye laki aku..

sempena bday ini aku puasa...sambil ganti puasa tahun 2011..


kek bdayku...terimas kasih adik ku n huby ku...mrk buat surprise beli kek...

hehe comei...abaikan yg belakang2 tu ye..haha..sayang anak mummy...kita celebrate kat umah jer kan...sgt bermakna...

afy tiup lilin gmbr takde..dia dah pandai skrg..nak buat bday party afy,tapi tak larat pulak..dah nak terberanak masa tue...

sambut bday yg simple..pakai baju tido tido jer..

afy yg tak sabar

seronok afy skrg dah pandai pasal bdays...

afy tak sempat2...makan guna pisau kek..nasib tak tajam huhu

26 January 2012

Rahsia Diet Mengikut Jenis Darah

Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.

Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.

Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.

Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'AB'

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.

Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.

Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek: Yogurt

Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek: Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek: Sepotong kuih

Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.

Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

25 January 2012

Pencuci Yang berjaya


Rajinnya ...pas abis exam macam2 kene buat..hehe


Pasrah jer kene cuci tingkap bilik..disebabkan kami bertiga ini alergik habuk..so that mmg kene bersihkan..terlalu tebal habuk melekat kat tingkap n aircond..biasala duk atas langit...mana ada pokok nak melindungi kami...


Bersih tak tingkap ini? nasib ada tempat letak aircond tue..kalau tak memang tak bercucila tingkap ni..lagi2 duk apartment....kami guna pencuci LOC From Amway


Dah besar nanti ini kerja hafi tau!kene bersihkan peti ais...


sibuk jer..time nak bersihkan peti ais..dia pun sibukk jer...

Hahaha..gambar ini aku snap masa cuti CNY tu..pas kami balik gemas..kami balik awal ke putrajaya..hari isnin malam balik putrajaya..tido puas2..selasa pagi2 kami mengemas umah...antara agenda kemas ialah cuci toilet,cuci tingkap dan kipas...itu part suami aku...aku punya part cuci peti ais yang kecik tue..dah terlalu lama tak dikemas peti ais tue...alih siap2 masuk dapur..sebab anak aku ni asyik main peti ais...

pas siap semua, kami ke mydin beli barang2 masak...byk gak beli penuhkan dua2 peti ais...pastu petang dah hujan tido la zzzzzzzz..malam kami kuar pi shah alam umah bapak mertua dan sedara..hantar kad jemputan kawin adik aku...setel kerja cuti CNY ni...

24 January 2012

Cuti CNY

cuti CNY ni kan, memang plan balik gemas...nak tolong mengemas umah family aku...walaupun pregnent aku tetap nak kemas umah tu..aku pun tak tau nak cakap la...dah masuk 3 kendiri asyik macamnila...bagus gak mengeratkan silaturahim...yg peliknya silatulrahim yg sama jer..yang lagi 2 tu macam2 hal buat..kami bertiga jer la..kalau ikut nak sama2 berlima mmg tak siapla kerja..

mama abah aku n bakal pengantin pi mengantar sepupu kawin..so masa mak ayah aku takde..kami berehatla sambil kemas sikit2...yelah bukan umah kitakan..kang tuan umah takde lain kami kemas lain la jadinya..so mmg rehat dan bermain ngn anak2 masing2la..penat kami tido...

ahadnya bermula la operasi..nenek aku la seronok..sebab kami semua balik leh teman dia..kalau tak dia dihantar ke umah anak2 lain..dia bukan suka...umah kami ni lama dah dia menginap...since arwah atuk takde dia mmg duk umah kami..lama kan??itu pun pakcik makcik aku tak sedar diri lagi...duk menetap tau..makan minum berak canggung semua ditanggung mak ayah aku...ah lupakan...yg penting nenek aku leh uruskan diri...jgn duk terlantar sakit lagi susah nnti mak ayah aku nak gerak...

taip kali nak kenduri inila kerja kami...cat umah dah upah orang , repair semuala yg dah rosak..umah dah lama...dah 3otahun umah ni mmgla kene repair..hukhukhuk..kesian mama abah aku...kami pun tak dapek nak nolong sebab kami pun takde ongkosnya...huhuhu...

jasa mama abah aku dari kami kecik sampai kawin ini takkan mampu kami balas...hanya dengan doa dan tangungjawab sahaja yg mampu kami lakukan...lagipun mama abah aku ni tak mintak satu sen pun...mereka betul2 bagi all out kat anak2nya...aku doakan adik beradik aku mengenang jasa...tidak derhaka..amin...

berbalik pada CNY ni, mmg seronok la...kami manfaatkan seluruh masa mengikut plan yg dirancang....suami aku aku tugaskan berehat puas2 dan tgk2kan anak..tapi mmg laki aku rehat sungguh...tgk TV..sebab anak aku main ngn sepupu dia..tak payah jaga sangat...tgk2 dari jauh jer..

okla....leh la berhibur ngn gambar2 yg diupload...


tag sementara dulu..hehe..dah setel aku buang



antara asigment2 aku time poli dulu..tamat dah aku bakar semua...


semua kasut dlm box ni rupanya...mama aku la ni simpan...


ikutkan kasut ni nak dibakar..tapi elok lagi..so simpan la lagi..


inila rak2 buku2 lama2..mama aku mmg gini..semua benda dia nak simpan..akhirnya kami bakar juga...kalau ikut mama aku ni semua dia sayang..tak faham aku...sentimental value la katakan...



ini time mengemas buku2 dan asigment2 lama dulu...akak aku sibuk la nak mengimbas zaman kegemilangan dia tue..nenek aku tak leh tido..dia pun sibuk mengadap kami mengemas2...huhu



sambil2 tu pakcik makcik aku datang dari tampin..bawak durian..besar2 durian dusun mereka...rezeki la..hafi mengadap...suka dia makan durian...untung ada dusun...


anak aku sibuk main ngn burung ni...suka sangat...adik aku yg last ni punya burungla...dia beli tau..tapi nak bela suh mak aku..sakit hati aku ngn dia ni..


kawasan belakang umah..orang yg cat umah tu kedepannkan semuanya..mmg kami mengemas benda2 ni la..rak2 buku lama...pilih2 dan bakar..tong hitam ni kan, aku mmg menyirap sangat!!adik aku yg last ni..kepala hangin dia jer..semua benda dia nak bela..dah macam zoo umah gemas ni..dah la belakang mmg byk kera..dah mmg sesuaila tu macam zoo...tegur kang marah..itula perangai dia..menyampah aku...menganggu sungguh pemandangan...


Inila kerjanya..tiap2 kali kenduri mesti membakar..kali ni semua buku2 rujukan dan latihan adik beradik kami bakar!!!haha..tamatla buku2 ni semua..nak kasi org pun belum tentu di terima...


Melayan kerenah mama kami yg macam2 dia nak kemas...kemas langsir2 lama yg vogue2 dia tu masukan dalam box merah tu...ubah tempat..sebab almari nak isi benda2 lain..ok setel..tgkla macam kapal karam dining hall tu hah!kelaka...


rumah lama kembali nampak sinar...color kuning abah aku pilih..maca2m color dah letak kat dinding ni....kenduri kali ni kuning pulak...apa2jerla...tak siap lagi cat2 ni..bahagian belakang umah...

Jumaat Cuti - SOGO

Aku apply cuti jumaat tue..pagi2 dah siap ikut huby pi KL...kuar umah gelap2..hujan lebat siap berangin2 lagi..afy kami angkat jer dia tido..kesian dia pagi2 dah tak jumpa kami...memang that day hujan je..kat KL pi ujan..balik malam pun hujan..

Cuti ni dikhaskan untuk membeli barang2 new baby...huby aku ada last paper that day...apa lagi alang2 dia kat KL itu yg aku aplly cuti..memang nak membeli belah sempena promosi raya cina ni...kat mana lagi Sogo la...kalau bab2 sale kat sogo ni mmg selalu...nak2 ada celebretion..mmg menggalakla diskaun2 kat sogo..aku pulak mmg takde la ikut semua sale2 ni..kami ni jenis mmg beli ikut keperluan ini pun sebab mengandung..kalau tak mmg takde la kami ke sini...

dipendekan cerita...sampai UTM aku lepak sensorang pas sarapan ngn huby..dia teruskan misi menyetalkan paper last..kawan2 dia cakap siap bawak wife nak bagi semangat...emm sambil2 la kan...mana tau leh jawab paper dengan baik...

memang pun katanya dia jawab semua..tak taula betul tak hehe...aku yakin betul..sebab cara dia pun nmpk macam beter then paper kedua...so aku pun jejalan2 utm dan sambil2 tu lepak cafe sambil tertido2..huhu..penat bagun pepagi..kalau kerja KL la gini la gamaknya pepagi kuar umah..tak kuasa aku!!!

habis paper 12tengahari..mmg lama la aku sensorang lepak..terus kami ke SOGO..semua lelaki cakap...kalau pompuan pi KL mesti pi SOGO..tak pi tempat lain...memang betul..sebabnya SOGO hanya ada satu jer..cuba cite SOGO tempat lain mmg takdekan..so mmg situla tempat tumpuan semua pompuan2...kalau SOGO ada kat tempat lain..pastu org dah muak...betul tak???

apa lagi cepat kami beli keperluan baby semua..senang...semua aku dah list so ikut jer list...kuarkan duit siap2 semua...duit ni pun hasil kumpul mengumpul masa awal pregnent..huhu...nak kumpulnya kemain la ..bila perabiskan kejap jer..hukhukhuk...

ok nnti aku tunjukkan apa yg aku beli...minyak+makan+beli belah brg2 baby abis rm1K...nak beli stoler next time dan car sit..stoler afy dah rosak..so mmg kene beli baru..

sampai umah, malam ..jem giler..lagi2 hujan dan ramai nak balik kampung sempena cui cina...mmg KL jem teruk la..sampai umah 8.30mlm...anak aku merajuk tau!! kelaka...nasib kami dah siap2 beli mainan dia...mmg dia nmpk merajukla...tak layan kami pun bila kami sampai umah..selalu kalau kami sampai umah dari kerja..dia kejar2 kami..tapi jumaat tu dia buat do no jer..tgk DVD je..hahahahhaha..pandai dia...afy adik aku jemput, so adik aku ada sementara dia belum kawin n pindah gunakanla utk jaga afy dan beli makanan kami..haha..bukan sengaja..dah laju2 dah beli...yg lambat sebab pi carik tudung kat jalan TAR..try punya try beli satu jer tudung mak aku..haha...aku punya tak beli..sebab penjual tu tak peramah dan tak kuasa aku beli...nak carik kat sini jer nnti...tapi mmg murah sgt kat jln TAR...next time nak beli lagi bebanyak..tapi bila ek??haha..berangan je la..ini pun dah bengkak2 kaki aku berjalan...kuar KL lewat jer JEM la...

Tak sabar nak bersalin..semangat ni...haha..


Dah lapar alas perut McD la dulu...


Dari Exam terus membeli belah..kepenatan member aku ni haha


Senak perut ..lapar treus makan..pas penat laju2 beli belah..sebab kejar masa dan jem dlm sogo..ramai sgt..kembang muka aku kan???


Dalam bonet dah penuh..


Sampai uamh bagi hafiy mainan terus....


Sampai umah..ambil gambar sebagai kenangan..masa pregnent hafi kami membeli belah di jusco..time kedua ni beli kat sogo..adil..dalam perut lagi dah kami rancang adil dan saksama..haha..suka2

Barang2 yang dibeli telah dibuka...jeng2..beli yang ada sale je...rasa macam kaya raya pulak..beli2 bebanyak..padahal tak pernah beli sekali byk gini...kuarkan duit laju jer duit abis...takperla asalkan dah setel...


Ini dapat diskaun kat sogo murah dari jusco...jimat kami..


Dah guna terus...


Beg ni murah sale kat sogo..beli jugak sebab laki aku yg berkenan...leh sumbat macam2..lagipun beg aku dah rabak...


Tilam...


Keperluan simple2...


Baju serba serbi putih...kat jusco AU


Baju colorful...Sogo


aku beli sikit2..sebab afy punya ada leh guna...korang leh tau kan ada pink tue..haha...insyaAllah kuasa Allah...


Last beli baju pregnet aku..kat jusco AU...

beli sikit macam ni jer dah abis byk..betapa barang2 sekarang sangat mahal belaka...memang hidup ditindas....

17 January 2012

Minggu 23 sehingga minggu 27 kehamilanku

Banyak sangat nak cerita sebab aku punya checkup lain macam sikit dari orang pregnent lain...aku punya checkup setiap bulan byk kali..sebulan sampai 4 dan 5 kali...dengan klinik dan spital lagi..

memang memenatkan..takperla asalkan kesihatan aku n baby baik dan dipantau...yg kesiannya laki aku la...kene dtg lewat or balik awal semata2 utk hantar aku...inila kerjasama namanya..mengandung pun dia yg nak kan..hehe..so sesamala kito menempuhnya...yg penting bini dan anak sihat...sehingga selepas beranak...

aku ada satu jer risau..risau jangkitan kuman..itu yg menjadi trauma gak la...masa hafi tu cukup menyeramkan pengalaman...normal or czer sama je aku dah rasa...baik bawah baik perut sama je sakitnya...

pengalaman mengandung kedua ni aku kene tiroid dan cyst..cyst dah kecut okla..sebab aku telan ubat biodex tue..mmg bagus sgt..

tiroid aku pun darah dah sesuai..takleh dibuang abis tiroid ni sebab ia guna untuk perkembangan otak baby..so dokto maintent je tiroid ni..tapi itula kene buat checkup selalu..ambik darah..dah byk dah aku sedekahkan..huhu...

skrg checkup mengandung pulak dah stat 2minggu sebulan..mmg akan ke klinik je la aku selalu sehingga beranak..huhu..aku pun tak decide lagi nak beranak mana...

masalah skrg kerja pulak my klik 2org dah pi MAMPU ikut project SA2 ni..bengang je..mana mungkin aku nak buat pengujian berdua jer...nak faham sistem lagi..mmg teruk la bos kami ni...sabar jerla...rasa macam tak cukup tgn pulak...

apa2pun harap ada la jalan penyelesaian mengatasi masalah ini..

baby aku dalam selalu buat perut aku keras..dokto cakap dah padat..saiz ok..cumanya perut aku ni kecik...pelvik aku pun kecik...anak still tak pusing lagi...aku baca2 macam2 cara nak pusingkan anak...but aku tak berani...kerana kalau salah pusing boleh bawak maut..eeeeeeeee...tak mau aku..biarla ikutla baby nak duk macam mana..aku ok jer..yg penting sihat dlm perut...dan kelaur perut..tak mau ada masalah...ngeri aku..

hafi sangat lasak..semalam dia tak mau tido..dia memanjat..belajar untuk melompat dari sofa ke bawah..mmg takut aku dibuatnya..byk kali sampai aku tak larat nak tegah..jatuh darah bibir..tapi teruskan melompat2...aku biar jer...budak ni mmg tak faham bahasa..nak tegah byk kali dan marah2 pun tak baik..aku perhatikan dan rakam video dia melompat...sambil tu aku pegang tgn dia...ada kalanya aku biar jer dia melompat2..tak larat dah..

semalam tido mmg tak sedar diri..mmg tak dan buat kerja sendiri..aku kepenatan tido...laki aku pi study..kalau duk umah mmg jgn harap la...

baby macam tau2 jer abg dia lasak..aku pun ckp dah..mummy tak dpt nak belai2 baby..abg ko lasak sgt...duk mengejar dia jer..

skrg kaki aku dah bengkak..dulu tak la bengkak..now mebe kepenatan sgt dan balik jalan kaki..mmg guna kaki la byk mengandung kali ni...ambik hafi pun kdg2 dia mau dukong...uishhhh..mencabar sungguh anak rapat ni kan..korang jgnla rapat2 mengandung..hahhaha..kalau terexcident tu takperla...hehe...

apa2pun aku hapy sgt mengandung...umur 31 ada 2anak...amin..semoga kekal...

so far so good..aku kene diet sikit dan kene cukup rehat...until now aku tak cukup lagi rehat..hehe..

minggu ni cuti panjang ..aku cadang nak pi beli barang2 baby aku...jumaat nak pi KL..aku ikut laki aku pi UTM...tggu dia abis exam...then terus shooping...hafiy??tinggal no no no bawak dia...tinggal kat pengasuh...raya cina balik gemas...tolong mama n abah aku utk persiapan kwin adik aku...

15 January 2012

Scan Details Kandunganku

Sabtu aku stay umah je..kebetulan hafi tak sihat..kesian dia..kene batuk2 dan kahak byk...sampaikan nak tido sukar sangat..malam tu kami bawak pi ambik gas...nap kan dia..baru dia lega..malam tu dah leh tido lena..ikutkan dah beberapa malam hafi tak tido lena..asyik bangun jer..memang kami tak pi mana...lagipun pagi sampai tengahari haby ada exam..petangnya haby terus pi mengantar rombongan meminang sepupu dia..ikutkan mmg aku nak pi..sebab hafi tak sihat so tak jadi aku pi..laki aku je pi sorang ikut sedara mara..

Ahadnya..pepagi kami dah bangun siap2 nak pi seremban..aku nak pi scan details kandunganku...awal2 aku dah call sebelum hari ahad..pas sarapan kami gerak terus...klinik ni biasa aku pi kat seremban..harganya pun berpatutan boleh la untuk aku...

then sampai2 dah ramai giler orang tau...ramai sangat..mula2 tu hafi kami bawak..pastu hafi berlari2 dalam klinik tu tanpa henti..semua orang tengok..dah la ramai kat klinik time ahad ni...dah susah...aku call akak aku..pi umah dia hantar hafi dulu...kalau hafi tak batuk takperla lelari...tengok je lari jer pastu semput..sebab batuk kuat...terus aku hantar pi umah kak long...

sempat masak lagi aku kat umah akak aku..sama2 dengan dia...sampai balik ke klinik..nama aku dah lepas...adui..nasib nurse kat situ kenal..so aku terus masuk jer..

Aku dah borak2 tanya2 macam2 kat doktor pasal kesihatan aku sekarang..pastu baby...dan macam2 pasal bayaran kalau nak bersalin kat situ...setel meeting ngan dokto..aku terus ke bilik sebelah untuk buat scan details...

alhamdulillah buat masa ini kandungan satu2 dicheck kepala,kaki,tangan dan semuanya...korang mesti tak sabar nak tau jantina...hahahahhaha...

okla...kawan2 opis yg dkt2 ni dah tau la...nurse pun dah cakap,boleh la nak beli kelengkapan baby skrg..kalau dah 7 8 bulan kompem dah tak larat...skrg mmg masa yg sesuaila...aku pun dah rasa mengah sangat..

masa check kat gomen spital tu pun berat dah naik mendadak...berat aku naik..patutla jalan pun mengah..

semalam dokto cakap perut aku ni dah padat...pastu anak pun tak pusing lagi..adui risau aku...dia cakap,ini budak macam tak mau pusing...perut aku kecik dan padat sgt...patutla,aku rasa senak je bila makan dan jalan rasa mengah sangat..terasa sangat..mmg kene beli brg2 baby sikit skrg la..songsang..dokto semalam decide suh datang 37minggu lagi untuk mennetukan samada songsang or sudah masuk..risau bebenor dibuatnya...kalau masih songsang or tak engaged dokto suh operation jer..jgn buang masa dan tenaga..katanya...

ini semua ketentuan...aku redha jer...mana2 yang terbaik...dokto ckp paksa2 kalau baby tak mau pusing apa boleh buat...


Tengok sampai2 belum tempah sarapan..dia dah panjat meja!!lasak sangat woi aii...


Hafi dan Abi...lasak sangat ni tengah nak sarapan pagi..dia punya lasak...kesian abi kejar afy jer..


Special ni gambar aku...lama dah aku tak taruk gambar dlm blog...inila keadaan aku mengandung...di bilik scan klinik pakar rekha seremban..sebelum dokto sampai ambik gambar dulu..hehe...nmpk besor aku kan..baru 6 bulan...

1)Baby dalam keadaan normal semuanya...alhamdulillah...kuasa Allah...
2)Jantina pun dah tahu...hukhukhuk...mana2 je aku terima...alhamulillah...
3)Kesihatan aku kene jaga...pengalaman lalu kene jangkitan kuman..dokto decide suruh datang 37minggu untuk menentukan normal or czer..sebab ikutkan pemerhatian aku punya pelvik kecik...punggung ada lemak saja..hahaha..malu jer..tapi tulang kecik katanya...tak boleh bukak besar...skrg aku tgh cuba diet...
4) tawakal semoga berjalan lancar ketika hamil ini...dan selepas bersalin...amin

11 January 2012

Pada Siapa Patut Letak Cinta?

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?


Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.


Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.


Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.


Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.



Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami melayang.


Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dah syatialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.


Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.


Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqin kan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.


Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.


Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.


Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diriuntuk senangkan orang yang dicintai.


Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan 'arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.


Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Sama ada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecildan rendah padanya.


Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.


Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.


Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindudi syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.


Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagimereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.


Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa sajayang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.


Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Sama ada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:


"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung."


Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.


Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. Malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. Tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."


Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.


Ada orang mangatakan: "Jika kau berikan hatimu atau pun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."


Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Sharing is Caring...emyda...Cahaya Mukmin

09 January 2012

Plan yang terdekat aku

Sekarang musim final exam..agak terbatas untuk aku melaksanakan plan yang terdekat sekarang...nak beli barang2 baby pun kene tunggu pas exam huby aku abis...aku mmg tak suka ganggu dia punya exam...selagi ada masa aku akan buat kerja sendiri...macam buat goodies wedding adik aku dan kerja2 yang peribadi...so aku akan biarkan laki aku plan sendiri study dia...yg aku tau result mesti mantop sem ini..rasanya macam nak kasi adiah kat dia kalau dapat kekal kan 3pointer sem2 sebelum ini...kalau dapat 3pointer lagi hadiah akan menyusul...ala saja nak kasi semangat...adiah kecik2 jer...asalkan adiahkan?? inila yg mama abah aku lakukan kalau anak2 dia cemerlang dlm apa2 exam...so aku akan teruskan utk family aku sendiri...sapa2 berjaya dapat hadiah..bukan apa ini utk pembakar semangat je..psikologi jer...tak salah benda2 macamni..asal tak melampaui cukup..

ok berbalik tajuk atas...aku nak laksanakan perkara ini selepas huby abis final..selama sebulan cuti sememster dia..

antaranya ialah:

1) Tukar Mykad Baru...sebelum bersalin...aku&hubby
2) Buat Buku ASB untuk Dini Hafiy...nak transfer semua duit2 dia dlm akaun biasa ke ASB..
3) Nak buat pinjaman ASB untuk aku sendiri...tolak bulan2 gaji ...huby aku tak galakkan sebab dia study lagi.......aku tau akhir tahun nak dapat bonus jer.. (utk pelajaran dini hafiy ada dah duit saham tolak bulan2..kalau matang boleh buat deposit umah or kereta hahahhaha..kalau jadilah...)buat masa ini SSPN tak terpk lagi nak buat..sbb aku byr saham ni pun agak sakit gak bulan2 tolak...
4) Nak pi PKNS setelkan urusan rumah bangi...huby+bapak mertua..
5) pi umah mak mertua & bapak mertua serta sedara mara laki aku hantar kad kawin adik aku...
6) kalau sempat nak pi Scan details baby aku yeah!!!

Itu sahaja planning yg terdekat ini...

05 January 2012

Dini Hafiy 1 Tahun 9 bulan

lama dah aku sorokkan anak aku...saja pagi2 ni aku nak tunjukan anak bujang aku...macam2 aksi dia sekarang..ada yg ikut abi dia..ada ikut mummy dia..hehe...nak jadi abang la katakan...ini aksi2 cuti tahun baru..kami tak pi memana..sebab laki aku study exam..

Ini ikut sebijik perangai abi dia...suka main game...pantang ada masa sikit..game2 jer...




Aksi2 ini dia kalau dapat keluar dari rumah...memang laju jer dia merayap..tak takut langsung...puas aku mengejar dia.





Dia Tahu aku mengandung..rajin dia tolong mummy vakum umah..hehe





Ini sahaja..buat hiburan hati mummy...

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers