30 November 2011

1 Disember 2011

Alhamdulillah dalam nada bersyukur ada terselit keresahan kerana bulan ni bulan terakhir tahun 2011..tahun 2011 akan melabuhkan tirainya..sedih sangat...sekejap sahaja aku merasai umur 30tahun...pasni nak masuk umur 31tahun...waaaaaaaaaa....harap kesihatan aku dan keluarga makin bertambah baik..semua yang aku nak buat tahun ni telah selesai...syukur...

Tahun baru dengan azam dan planning yang baru...

Hari ini suamiku telah report duty di company baru...selepas ni akan bermulala aku dgn langkah berdikari aku semula...selama ini suamiku yang akan hantar dan jemput..pasni mungkin suamiku akan hantar sahaja..balik aku kene sendiri..huhuhu...dengan perut yang makin membesar..mulala aku bersendirian membawa haluan pulang ke rumah dari kerja..samaada bawak kereta atau naik bas..tengok keadaan aku time itu..

suamiku dapat kerja yang akan mengambil masa untuk sampai ke site baru...opis baru dia di Melawati KL..tapi Tapak projek di Area Kesas Highway...klang...huhu..jauhkan...sebelum ni di site di UKM..tapi diataskan masalah yang tidak boleh dielakan dan karenah birokrasi dan dapat offer yang bagus...tak salah mencuba nasib di tempat baru...gaji baru dan bolehla menampung yuran study dan menampung keluarga yang makin besar nie...okla..cuba je dulu...tengok macam mana..kalau boleh go on teruskan...risaukan kesihatan je kalau jauh2 ni...

mesti pasni masa bersama keluarga akan kurang...apa boleh buat..yang penting company tu mmg kukuh dan boleh menjamin masa depan...sebenarnya manager sana suh guna degree,mana la boleh..laki aku ckp tgh belajar..now pun dah tahun 3..kalau abis degree bos tu ckp boleh terus kerja dengan dia..jawatan lain..tapi aku tgk projek2 semua byk di Sabah..mmg kene selalu outstationla..

Now hubby aku kerja seperti jawatan lama..dan ada penambahan satu jawatan utk melayakan gaji yg diminta..cuba jerlakan...cumanya skrg kerja dulu sambil2 tgk kalau2 ada projek dekat area putrajaya..laki aku mmg nak dekat...tak larat jauh2 umur2 dah 30an nie...

okla..itu jer untuk ptg nie..aku kesejukan di opis ni..tak tahan..beku otak aku!!

Sabun Beras Siam & Susu Kambing

Hari ini tak pasal2 aku rembat 2 ketul sabun..ada opis mate jual...dia ni mmg terkenal dengan jual2 kat opis nie..hehe...jgn maree...aku ok jer..sebab sabun ni berasaskan susu kambing..aku layanz la...aku beli 2 ketul satu untuk adik aku..bab2 sabun2 macam ni adik aku mmg suko...

lagi satu aku beli pun tujuan bukan untuk aku sorang jer..untuk hubby aku gak..yelah kan dia kerja tempat berabuk2..sekarang makin lama aku tgk makin gemerlapan kulit hubby aku...hahahaha....so aku nak buat testimoni kat dia tue..resdung dia pun makin lama makin menjadi2..nak pi spital pakar kat melaka takde masa...harap2 sabun ni membantu sikit la...

tak de apa nak aku update...alang2 ni..pasal kandunganku minngu 20 ni makin aktif..asyik2 tendang2 jer..terasa jugak la..heeeeeeee..rasa tak sabar pun ada nak tengok my new baby..perasaan semua ada..bercampur baur dibuatnya...semalam afy pulak nak tido peluk ngn aku..siap menangis2..entah kenapa kul 2 pagi menangis2...risau aku..macam mengigau pun ada..selalu dia tido ngn aby dia..ni semalam aku peluk tido dgn dia...



Sabun Beras Siam & Susu Kambing..


kandungan bahan2 sabun ini


jenama ni aku search kat internet tapi takde pun...rm15.00 satu..jenama lain yang aku search tu rm10.


Antara khasiat-khasiat sabun beras yang perlu anda tahu.
1) menegang, melembut & mencerahkan kulit.

2) Menanggalkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati.

3) Memudar & menghilangkan jerawat dan jeragat.

4) Menanggalkan kesan solekan.

Khasiat jika diguna sebagai sabun mandi:

1) Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha.

2) Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah

3) Memberi kesan kesegaran sepanjang hari

4) Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh.

5) Boleh menghilangkan bau badan

29 November 2011

Selamat Tahun Baru Islam - 1433H

Diambil dari petikan utusan

Harapan Tahun Baru Hijrah

* PROF. MADYA DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH, pendakwah "Setiap kali tibanya 1 Muharam setiap tahun Hijrah, saya adalah insan yang paling gembira menyambutnya.

"Ini kerana bulan Muharam dengan sejarah besar penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para pengikut baginda ke Yathrib adalah sebagaimana besarnya penghijrahan saya meninggalkan agama asal kepada Islam.

"Tetapi itu merupakan satu penghijrahan yang melibatkan soal akidah yang membuatkan saya kini semakin dekat kepada Islam dan melihat realiti umat Islam hari ini.

"Saya tidak pernah kesal apabila agama yang saya pilih ini tetapi umat Islam yang ada hari ini dalam keadaan tidak bersatu, berpecah-belah, keruntuhan akhlak, keruntuhan rumah tangga sehingga timbul pelbagai puak dan fahaman.

"Ini menunjukkan bahawa umat Islam masih tidak memahami konsep Hijrah dan setiap kali ketibaan bulan Muharam itu tidak memberikan makna dan erti kepada mereka.

"Sedangkan setiap kali tiba tahun baru, kita mesti mempunyai azam, tekad dan usaha untuk menjadikan kehidupan yang sebelum ini kurang baik ke arah yang lebih baik, yang baik bertambah baik. Itu sepatutnya!

"Dalam politik yang sepatutnya menjadi satu wadah untuk kita amanah dan bertanggungjawab dengan kuasa yang diberi telah menjadi sebaliknya.

"Kita tidak boleh mengharamkan berpolitik kerana ia ada peranan pentingnya dalam Islam.

"Saya amat berharap agar Tahun Baru Hijrah 1433 ini akan menjanjikan satu senario umat Islam yang lebih baik, lebih bersatu padu bagi menjana kekuatan ummah."

p/s: terharu membaca..semoga kita semakin sejahtera. jgn fikir mudah mendapat syurga..kerana Rasullah juga mengharungi pelbagai ujian dari Allah. Padahal Dia telah tetapkan syurga untuk Muhammad SAW..kita yang tidak dijanjikan apa2 ini sedarlah..

28 November 2011

Sakit Punggung

Alhamdulillah minggu ni masuk minggu ke 20 kehamilanku...ahad dan isnin masih cuti...masa inila kami spend time bersama Abi dan afy..hehe..seronok sangat...sebab dapat bertiga bersama2...lama dah nak baut aktiviti bersama...sabtu dah settle beli2..kami balik putrajaya,....macam biasa..ahad kami tak ke mana..kami sampai umah pun 11.30 pagi dari seremban..afy kepenatan..dia tido sangatla lama..penat semalam la tue..hehe...aku ??mmg tak leh tido..aku kemas umah..tengahari aku tak masak..sebab beli nasi ayam je kat kedai..aku mmg nak rehat..seharian ahad aku tak masak..aku kemas dapur jer..

laki n anak aku masih tido...aku mmg tak leh tido..mereka bangun kul 3ptg terus aku pulak yang baring n tertido kejap jer...

petang hujan..kami pi cheras teman laki aku ambik asigment..seharian suami aku buat asigment...hafiy kami bawak ke mCD cheras je..biarkan dia main2 sambil makan bubur McD..cuti 3 hari ni afy makan bubur jer..aku masak..mmg banyak dia makan..dia tak mau makan nasi...okla..yg penting dia makan..seronok sungguh kami biarkan dia main kat playground mCd tue..balik magrib dia dah mengantuk..malam tido awal gak..

isnin..suami aku sambung lagi buat asigment programming dia..hebat gak suami aku boleh buat programming sendiri..ada dia tanya aku..hahahahha..jawapan aku ialah..putri dah lupa..hahahhaha..jahat aku...lastly laki aku buat sendri dengan bantuan buku dan internet..malu je aku...hahahhaha....akhamdulillah siap asigment progmming dia...tahniah sayang...aku cakapla..kalau awak amik IT dah jadi programmer hebat la nie....hehe...dia kombang la...huhu

siap2 kerja dia pas asar kami mulakan tugasan yang sepatutnya...kami mengubah posisi katil dari bilik kedua masuk masterbad room...peh penat giler,,,,kenapa ubah..??lama dah nak ubah..masa ini je free..so kami cepat2 la ubah..afy pun meyebokkk je...siap menangis2 sebab kami tak layan dia...


settle angkat2 katil semua jam 7mlm...mmg penat..malam kami dah stat tido katil..sebab aku dah tak boleh tido bawah..sangat sakit perut dah besar...sblm ni tido tilam kat karpet jer..skrg no no no..sakit...tu yg operasi ubah bawak katil dari bilik tengah ke bilik master..ok siap2..

malam kau!!aku kesakitan yg amat sangat..padahal yg buat kerja laki aku..aku tolong sikit2 jer..pun dah sakit sangat...tak tido dibuatnya....

note:sbnrnya nak pi zoo negara..tapi sebabkan dah kepenatan..tak jadi pi...kami spend time dlm umah je dgn aktiviti2 dlm umah..layan afy dengan bawak naik motor sekitar putrajaya jer memalam..tgk lampu..hehe

Shooping Baju Family For my Sis Wedding


perut jer kedepan afy tue..sempit kot..haha


laki aku la tolong sorong budak2 kecik ni..nasibla stroller akak aku ni besau...


Bungkusan kain baju yang di beli..kami memang tak akan menyerlah time wedding tue..sebab biarkan pengantin jer menyerlah..kami color2 yang down jew..hehe


T-Shirt lelaki2 untuk majlis sanding..tak sesuai baju melayu..masa tu kan sibuk dan panas..berpeluh2..so mmg decide baju t-shirt jer la...baju melayu memalam berinai jer leh guna..kalau sanding kat dewan sejuk la..ni kat umah...2majlis perkahwinan dah family aku lalui..memang dah ada pengalaman pasal pakaian2 nie...baju tshirt hafiy je aku akan beli bulan 1 nanti..last2 minute..


Kain pasang untuk aku family..kain manik2 tu beli kat bandung...kawan opis yang pi..aku beli jer...kain plain tu beli utk baju melayu afy & suami aku..kami nak pakai time malam nikah/mlm berinai..


Baju family..termasuk kain untuk baju melayu ayah kami...


semua yang siap dibeli..settle...

Selamat Menyambut Tahun baru Islam..Semoga kalian beroleh kesejahteraan di dunia ini...Korang dah baca doa akhir dan awal tahun tak? tahun baru ini aku harapkan kesejahteraan dari segi iman dan kesihatan diri serta kebahagian kami sekeluarga..amin.....

Cuti yang panjang 3hari ini suami aku pun tiada kelas...kami betul2 spend time bersama2..lama dah kami tak bertiga sabtu ahad..

Last week..sempena bulan islam..kami pun gunakan kesempatan yang ada untuk mencari pakaian family untuk majlis perkahwinan adik tunggal perempuan kami..kiranya ini majlis yg last untuk perempuan di rumah mak ayah aku..selepas ini akan ada 2 lagi majlis iaitu majlis bertandang sahaja..kerana 2 adik kembar aku tu lelaki..

Cadangnya nak ke nilai..disebabkan fikirkan yang kami bawak anak kecik iaitu hafiy dan zahra..so terbatal la niat kami nak ke nilai..dalam waktu yang sama, petang tu macam nak hujan..kami memang saja je pi petang pas asar...sampai ke malam kami pergi...tapi takde al ke nilai...kalau tak bawak budak kecik dua orang ni..memang laju la kami ke nilai..

akhirnya destinasi yang kami singgah ialah NAGOYA dan PAKSON jew..hahaha...kemain lagi gembira budak kecik 2 orang ni..happy sungguh dapat bebas sebebasnya....

Alhamdulillah dipermudahkan dengan niat yang baik ini..kami jumpa terus kain baju pasang dan kain baju melayu yang harganya berpatutan..kami memang nak jimat sejimatnya2nya...dalam masa jimat nak gak bergaya dan ini majlis besar..tak salah kami berbelanja...sememangnya kami ni jarang bershooping...hanya beli2 brg makan jer banyak..

senang tak perlu bawak mak aku..kami telah bahagi2kan tugas...mak dan adik aku serta tunang nya..pergi tempah semua baju dan pelamin pengantin di gemas, pergi buat kad kawin dan sebagainya...aku n kak long aku serta laki aku pergi beli baju family..

ok siap semua..sekejap jer..kesian laki aku la..hafiy sangat lasak bermain dengan zara...

kami selesai semua jam 9 malam...sungguh penat tapi gembira kerana selesai kerja kami...

sabtu mlm tido seremban..ahad pagi2 kami balik putrajaya...

24 November 2011

Kecapekan sungguh + tension

semalam tak jadi kerja aku n hubby di buatnya...mana taknya..pepagi dah awal sampai opis..pi punch card...bawak budak kecik tue..sekarang tak mau round area umah dah..dia mau ikut kami pi kerja..dah jadi satu kerja lagi..laki aku kene bawak dia anta aku pi opis dulu..aku punch card..so aku turun semula ikut mrk..semalam kan time gaji..adui mak mmg awal2 aku kuar nak pi bank..aku kuarkan terus 1200 cash pegang..malas aku nak beratur..yang tinggal baki dlm tu mmg dikhaskan utk insuran dan pembayaran online la...ada lebih aku simpan dlm bank islam...emm..laju2 kuarkan..senang,,tak payah nak beratur panjang2..

Berbalik pada tajuk di atas tu kan...penat tu tak dela dirasa time awal2 pagi tu...cumanya pas kami kuarkan duit semua...pi sarapan semua...then anta afy semua...pastu pi opis semula..heheh..laki aku pun terus ke UKM kerja...

nasib kerja aku dah siap semua....pastu kuar semula pi hospital putrajaya...today tengahari ada checkup tiroid dengan pakar..

sampai sana rupanya ramai orang juga..ingat dah tengahari tak ramai..dalam masa yang sama ada saleman kereta tengah tunggu kami..ingatkan awal ..kesian saleman tu tunggu..lama giler dia duk tunggu kat kedai makan presint9 tue...aku cakapla..kalau saleman tu sabar dia akan kami rekeman la cuatomer or kawan2 lain..

semakin lama semakin dah kul 2 ptg..dari kul 11.30 pagi tunggu...akhirnya nak tau nama aku dipanggil jam 2.40 petang...adui penat giler..masalahnya nurse2 pun tak cakap...boleh pi makan..kami tengok time lunch ada no dipanggil..so ingatkan no kami akan dipanggil..rupanya hampeh...tak gak dipanggil..

nak tau kul berapa dipanggil 2.40ptg..mak aiiiiiii..lama giler..ada pasangan suami isteri depan aku tu dah bergaduh2 cakap..dah 4jam tunggu..

yang kami 3jam tunggu..mmg penat sangat...kat hospital kami tak penat sangat tunggu..tapi lapar dan tension la..

masa dengan dokto macam2 la aku tye..cakap ini itu tak selesa...yelah kan dah penat sangat tunggu..mmg aku kasi kau2 kerja kat dokto tu..yelah dia dah pi makan..aku nampak masa tue...

pastu kan aku suh di check itu ini..hah kau..mmg kami dah penat..mmg ambik masa aku kat dalam bilik tue...pas aku puas hati baru aku cakap ok la...dokto check mata aku buat ujian mata la apa la...ketuk tangan la..kaki aku la..aku tunjuk gatal2 kaki aku la..semuala aku suh dia check..yelah dah lama sangat duk luar tak makan..kasi lama..aku kene concult..baru aku puas hati..

pastu pi farmasi...ambik ubat mata.....ambi time slip..

pastu roger terus pi kedai makan presint 9...jumpa saleman kereta...sebenarnya bukan kami yg beli kereta...tak kuasa aku!!!nak perabis duit yang malu2 ker nak ada kat kami ni..

suami aku jadi guarantor adik dia beli myvi...mmg bagus la saleman ni...mmg murah la beli ngn dia...dia boleh kasi cash money lagi kat adik ipar aku..rezeki pulak adik ipar aku dapat loan yg murah interesnya..berbaloi2 la beli dgn saleman ni..kami cakap nnti kami rekeman dgn org lain..dia kasi komisyen nnti katanya...tgkkan dia penuh kesabaran...kesian sgt..yelah katanya dia kene cepat..dah nak akhir tahun..di nak capai target jualan bulan ni...sehingga akhir tahun..dapat la dia bonus...yelah kita pun faham la...dia pun tak kedekut..kasi sikit komsiyen kat sapa2 yg rekeman dgn dia..okla...takla takde macam pakcik aku tu makan sorang jer..menyampah aku..takdela aku nak tolong pakcik aku tu..pi ra mabukk....goram den...

laju2 pas laki aku sign dia ke puchong jumpa adik ipar aku..kami terus kan makan..sebab dah terlebih sudah lapar!!makan pun lelaju...mmg penat sgt bila buat kerja laju dan stress..aku mmg selalu laju..but laju aku tak stress...yg ni stress...sbb lama menunggu punya hal la kst spital tu...

masa ambik apoiment aku cakap nak jumpa lambat lagi..aku tak larat / malas nak pi spital..nurse tu gelakk jer...mmg tak bekerja aku..

pastu dah siap smua singgah salam pi beli susu dan brg2 keperluan umah yg dah kering...alang2 dah 4ptg aku terus tak masuk opis...aku terus pi bangi site uKM laki aku ambik thamdrive dia dan dia pun tak masuk opis dia...

pastu terus pi ambik afy...then terus pi opis aku semula utk punch card..mmg tak de masa la wei..

malamnya mmg aku dah kepenatan yg amat sangat..pas siap2 masak..aku pun suap afy makan..siap berdoa2 lagi..harap2 afy makanla..aku ni dah penat sgt..kalau dia tak makan mmg aku akan lagi rasa penat dan stress..

alhamdulillah bubur yg aku buat tu afy telan dgn lajunya..skrg dia tak mau makan nasi...dia nak bubur..

baru aku lega sgt bila dia makan byk///kurang stress aku...
pastu mandikan dia dan tidokan dia...pas dia main2 aku bagi susu..dia tido..

aku apa lagi????mmg letak jer badan terus membuta...anak dlm kandungan aku ni dah tendang2 rasanya..dia pun penat...sbb mummy penat...

malam kau tido mati..laki aku balik 1mlm..dia pi study group 3jam je..dia pun tak larat katanya..sampai pas solat dia pun tido mati..hahaha....kami mmg tido...lena giler..aku gak terjaga 4 pagi buat susu..afy nak susu..

subuh awal aku tido semula...bangun 7.30pagi kau!!!hahahah..lambat giler pi opis...

Selalu tak la lama sangat macam ni tunggu..selalu dlm masa 2 jam dah setle semua dgn ubat...ini 3jam tak sette2..mmg sakit hati betul...jgn la ada penyakit lagi...mmg meyusahkan..ini semua dugaan tau...

22 November 2011

Susu Kambing - HiGOAT


kredit pic http://www.higoat2u.com/?id=nasir

Aku lupa nak share sesuatu yang sangat berkhasiat...petang ni kerja di pejabat aku telah aku bereskan..memang aku ada masa sikit sebelum balik..hehe..laju2 aku taip...tengah2 search internet,aku terjumpa artikal pasal susu kambing..

Sebenarnya, dah hampir 2 minggu aku beli susu jenama ini...tapi sebelum aku mencuba produk ini,aku telah membaca dan membuat perbezaan antara susu kambing dan susu lembu..

Ikutkan aku ni memang tak suka minum susu kambing dan sewaktu dengannya..kenapa??sebab telah terdidik dari kecik mak ayah aku tak biasakan..mereka memang makan kambing dan semuala..cuma kami adik beradik tidak terdedah...

akhirnya punca kenapa aku beli dan teruskan mengamalkan susu kambing??sebab banyak sebab..Antaranya ialah aku nak memperbanyakan susu badan aku setelah bersalin..aku nak anak kedua ni minum susu badan..aku nak jimatkan duit beli susu tepung..hehe...masa hafiy pun mmg full breasfeeding...tapi sampai umaur 10bulan jer..sebab aku tak makan apa2 vitamin utk tambah susu badan...mungkin masa anak pertama dulu aku tak berapa ambil berat sangat..dengan kata lain tak MATANG..aku makanla sayur dan macam2 gak..tapi utk tambahkan susu badan memang aku serius tak ambil vitamin..akibatnya, badan aku makin kurus dan susu yg afy isap cepat habis(faham2jerla anak lelaki..mmg kuat susu)..serius tak ambil berat nak beli makanan tambah susu..

Tapi mengandung kali ini,aku mmg serius giler nak tambah susu badan..whatever pun aku kene carik solution agar kali ini susu aku bertambah banyak dan berkhasiat...lupa nak bagtau..mebe masa 1st anak tu aku duk wad dan telan pil dokto banyak sangat..so air susu pun hanya 10 bulan je bertahan..

kedua kenapa aku nak minum sangat2..sebab aku sangat sayangkan diri ini...kerana aku mempunyai tiroid dan cyst..so tujuan adalah sebab ini juga..nak cepat2 pulih that penyakit...

selain itu aku nak kuatkan tenaga dalaman aku...ini cerita 18SX..lebih kurangla...bukan masalah ini pada aku seorang sahaja...tapi mebe dikalangan ibu2/wanita yang telah beranak pinak..agak slow dan tak berapa nak bernafsu bila 'bersama'..jenama ini ada menyatakan utk MEMULIHKAN tenaga batin..bukan bermakna tidak kuat or what ever..tapi aku agak cepat penat dan kurang melayan suami aku..hahahhaha..pastu ada pulak leh pregnent kan utk kedua ni..pelik bukan????hahahahha..kuasa Allah...kalau dia dah nak bagi ini namanya rezeki...

aku banyak sangat bertanya pasal susu kambing dgn kwn opis aku ni..dia kata mmg sedap dan takde bau...dia suges aku beli sachet2 kat cafe bawah..aku ni seorang yang mudah mendengar nasihat..itula aku..setiap apa yg org nasihat mesti aku tak tolak..aku akan cuba ikut..alhamdulillah..aku pun lembut hati..dan beli sachet2 kat cafe...

mula2 aku minumkan...aku tutup hidung..aku telan terus tanpa bernafas!! hahahhahahah..

hei!! takde bau apa la...mmg betul wei!! serius!!..nak kata sedap mmg tawar..tak rasa apa..rasa air putih jer..

wah!! ini sudah bagus...hari keesokkan aku beli sachet2...hehehe..tiap2 malam aku minumm...sebelum tido...

korang kalau tau kali ni mengandung macam2 aku telan...aku kan ada beli minyak alga tue..mmg power..tapi sebabkan aku nak settelkan dalaman..n memulihkan batinku..aku pun beli terus 1 kotak wei kat kedai SALAM Presint 9..itula satu2nya kedai yang murah dalam putrajaya...sana aku dapat harga murah sngat...

berbalik pada cerita susu kambing..

setelah 2minggu aku minum..2hari sekali je..bukan hari2...YaALLAH..memang cukup bertenaga dan aku pun macam tak percaya dengan tahap tenaga aku..hehe..walaupun aku takde morning sickness sebelum ni..tapi mmg aku lemah..setelah aku minum susu kambing ni..semua sistem pencernaan aku bertambah baik..dan aku rasakan ada byk tenaga sewaktu "bersama" actuly ini adalah testimoni aku..selain tiada lagi kelesuan...ia betul2 membantu kami suami isteri...ia betul2 baik untuk kita yang sudah beranak...

"Sememangnya susu kambing ni telah terbukti keberkesanannya,barat juga mengakui...sebab itu Rasullah mengamalkan dan kambing binatang yang mulia..cuma byk fitnah dari barat untuk tidak memberi orang islam mengamalkan..nak meruntuhkan islam...sbb itu macam2 fitnah ditaburkan pada makanan/minumam yg berasaskan kambing"

Nasihat aku: sesiapa tak suka bau hamis kambing..belila jenama HIGoAT ini..mmg tiada bau apa pun..tapi korang kene elakan minum bersama kopi or teh..nnti tak menjadi khasiatnya...suami aku bertambah sayang padaku..alhamdulillah...kita cuba yang terbaik...

belila...untuk membantu mengubah cara hidup kita dan membantu kesihatan dalaman anda..hehe..aku bukan agen pun...semoga anak yg ku kandung mendapat khasiat ini..amin..

sharing is caring...tak mau takper...eh lupa kalau korang tak suka jenis air..ada dijual jenis PIL susu kambing...pasni kalau dah habis sachet2 ni..aku beli jenis pil..telan terus...senang...

MENGAPA SUSU KAMBING PILIHAN UTAMA??

Susu terbaik selepas susu ibu
Tidak menyebabkan alahan
Kuatkan sistem imunisasi
Bersifat alkali
Tingkatkan daya kepekaaan, tumpuan dan ingatan
Lancarkan sistem penghadaman dan usus
Membantu mengubati kanser, demam kuning, gastrik, ulser, asma(lelah), penyakit kulit dan sukar tidur
Membantu merawat sengugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
Imbangi gula dalam darah dan kolestrol
Menguatkan jisim tubuh yang sihat(tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
Memulihkan tenaga batin
Awet muda

21 November 2011

Main Conteng2

lama sikitla aku nak update blog ni...mood malas kembali...cerita agak banyak gak nak dikongsikan..tapi malas nak taip..huhu...sabtu ahad seperti biasala aku menjaga anak aku ni seorang diri..layan jer anak aku main apa dia mau...laki aku seperti biasala dengan kelas dia...

Ahad suami aku balik, petang kami balik ke shah alam...melawat bapak mertua aku sajala...laki aku nak balik hantar surat PKNS pada ayah...so afy seronok betulla dia main dengan kucing umah tue..aku borak2 ngn adik ipar aku borak macam2la..pasal mengandung..dia pun preggy gak..so mmg kami rancankla borak2 pasal preggy ni..huhu

then makan kat umah ayahla..adik ipar aku beli kat kedai huhu..

balik dari umah ayah..kami singgah Giant Putra Height..kami tak pernah pun pi sana..konon2 nak survey khemah untuk afy..tgk2 ada diskaun pulak..pastu tinggal satu jer khemah tu..kelaka..tanpa berfikir panjang aku pun beli..huhu....okla khemah tu muat2 utk 2org jer dewasa..kalau saiz afy reramai leh masuk..hehe....color yang tinggal ini jer...tak cun pun..tapi bolehla...kesian afy bosan memain benda yg sama...tahap dia sekarang kene la dedahkan pelbagai bentuk mainan...pastu bagi dia conteng2 white board mini..mmg seronokla dia..sebab mainan dia lain dari yang lain..syokk je dia...aku pandang jer dari jauh...

sabtu ahad kan ujan lebat mmg nak bawak pi playground payah...dah ada khemah ni okla dia boleh main sendiri..buat apa saja...sepah2 pun dalam khemah..

nasib hall umah kami besar..mmg suaila nak pasang khemah..aku ngn laki aku pun seronok layan dia dalam kemah...main bacak2 la apa la..baring la ..semaLAM tengok bola pun dalam kemah ..kelaka..!!


What Ever..manja sangat since aku pregnent ni...gigi??susahnya nak cuci...siap menagis2..lastly aku guna lesterin je...sng ..wangi


soon jadi abang...


stat dia menconteng


layan je....asal tak meragam..


tgk kaki semua di conteng...


Lantakla nak conteng apa pun...tapi dinding no no no...tilam dan baju kaki semua dia conteng..


mula2 beli dia takut siap menangis2 bila aku suh masuk dalam kemah...skrg dia dah ok..siap berlakon2 lagi cara2 abi dia tido..berdengur2..kami siap gelak tue..kelaka..


Afy pandang...hehe


Cinta hatiku...sebelum pi kerja inila aktiviti yang laki aku kene buat...bawak afy naik motor...adui penat tau..tapi tak maula banyak mengeluh...layan jer...

17 November 2011

Baby gender predictor - boy or girl?

Aku adalah pagi ni carik kan umah sewa untuk adik lelaki aku melalui mudah.my..alhamdulillah jumpa gak..sedang elok budak umah sewa tu ada yg kerja area Mydin USJ...adik aku mungkin akan bekerja di situ sebagai Management Traning di MYDIN USJ..tapi belum ada offer letter lagi..kalau dah dapat dia akan stat bekerja...buat masa ni dia mmg tiada rumah la..then aku carikkan la umah sewa dia,...nak duduk umah aku dah penuh..aku pun dah nak masuk 2 org anak...nnti mmg tak sesuai nak stay umah aku..stat dari kawin aku tak pernah duduk berdua ngn suami aku..so inila masanya untuk kami stat duduk privacy...lagipun aku dah jalankan tanggungjawab yang penuh amanah utk jaga adik2 aku..pasti adik aku akan duduk sendiri dan bina hidup seorang diri..malam ni aku dan suami akan ke rumah sewa itu utk meninjau keadaan di sana..kalau ok dan sesuai ..aku yg akan decidekan... aku dah dapat kerja banyak fail penyelia pembangunan kasi..apa dia ingat aku takde kerja leh main letak jer...aku layan jer la...kanag kalau banyak bunyi kita gak yang susah...penyelia aku bukan nak semak pun..aku pun uji sendiri...kalau aku tye dia bukan tau apa pun...pas siap aku hantar kat penyelia aku terus pas dekat penyelia pembangunan..dia bukan nak semak...lantakla depa..yg penting aku siapkan kerja..daaaaaaa....

Berbalik pada tajuk di atas...aku ada jawab kuizz la dalam baby center..aku suka la layari website ni dari mula2 dulu mengandung sehingga sekarang..

Aku jawab soalan kuiz ni utk mennetukan jantina..but aku bukan taksubbb sangat dgn jawapan dan soalan ni..aku buat jer...kalau betul adalah secara kebetulan..kalau salah biasala...ini manusia yang buat..bukan Allah...ajal maut dan rezeki semua Allah yang bagi...kita hanya merancang....kene terima dan bersyukur...

klik sini untuk melihat jawapan yang telah aku jawab..tak taula betul dak..main jawab jer..ikut kata hati...hehe

Baby gender predictor - boy or girl?

Sory kalau klik tak nampak jawapan..aku check semula..rupanya sekejap je...tak leh tgk lelama jawapan tu..macam dia automatic pulak..alamak..sowi..takperla...yg penting aku dah tahu...

soalan kalau anda mengandung..jawapla..tentu anda akan dapat jawapan sendiri..

klik sini

16 November 2011

Petang Jemput Dini Hafiy - yeahhh!!

Dah 4 hari tu afy tiada di rumah...rindunya pada dia...tak sabar nak tunggu petang..nak ambil dia kat seremban..walaupun tak jauh sangat..tapi tak senang duk umah tanpa dia...sunyi jer umah..cukup la aku berehat jaga dia...malam2 tido tak de afy rasa lain macam jer..takda afy..aku mmg rehat tido pun cukup tak bangun2..mmg sesuaila dengan keadaan aku yg preggy ni...sekarang aku stady lagi takla penat sangat..kalau kat opis je ada mengantuk tapi tak lama....kalau kat opis mengantuk mmg aku terus tido..lagipun bukan ada kerja dah akhir2 tahun ni...kat umah pun aku tak masak,,aku makan luar jer..mmg rehat abisla...laki aku pun rehat betul mmg laki aku pun tak penat....cumanya,kami janggal tiada afy...tido berdua, macam takde anak je...aishh mmg tak boleh la..sehari je boleh..pastu jiwa dah kacau...takde mood rasanya kalau anak takde kat umah...emmm...

kami berdua tak sabar nak tunggu petang..nak jemput afy...aku takut afy lupa pada aku...dia mmg happy duk ngan nenek dia...ramai kat sana yg melayan..lagipun anak aku ni mmg tak nangis...dia mmg releks je main2...mebe dia tak pandai cakap..tapi kalau kami ada mmg dia nak berkepit jer..takut kene tinggal...

okla...takde cerita sebenarnya...hehe

13 November 2011

Afy di Seremban - Mummy rindu...

Seminggu Pengasuh aku cuti kerana teman suami dia ke hopsital...kebetulan juga pengasuh kakak aku masuk hospital..mak aku jaga 2 cucu di rumah kakak aku..baru tinggalkan afy semalam..kami dah rindu sgt..macam mana la kalau mmg anak aku duk jauh memang tak boleh tahan aku...rindu sangat...kalau boleh aku nak cuti menjaga dia...tapi apakan daya mana mungkin aku nak cuti seminggu..ada yang kene buang kerja nnti..hehe..nasibla mak aku ada lagi kan...blh aku suh dia tgk2 kan anak aku...jaga anak aku time aku kerja...

Minggu lepas jumaat aku EL..aku sakit sangat bahagian mulut dan mungkin gusi aku dah bengkak disebabkan gigi aku sakit...itu yg aku tak bangun2 tido..sebab semalaman aku tak tido...dengan sakit gigi dengan masalah yang besar yang aku tak dapat nak tampung..naik gile aku masa tu...akhirnya aku el..

Semasa EL tu ...laki aku pun el..dia n aku setelkan drill bingkai gambar didinding...drill ni aku belikan untuk gantikan kerana drill yg kami pinjam tu terbakar...itula aku dah bgtau laki aku...kalau kita beli drill kan senang tak payah pinjam...lastly beli gak tapi bukan kita punya..tapi beli untuk gantikan pada org lain..akhirnya tak gak ada drill..laki aku ni mmg tak mau dengar...see,sekarang dah beli tapi utk org lain..pastu barula laki aku kata,ok nnti abg nak beli utk umah kita...

emm..dah terbakar org lain punya baru nak beli..uwekkkk...macamnila dia...geram aku...ok setel gantikan utk kwn aku..nnti nak pi umah dia pulangkan...asyik takde time jer..

masa el tu ptg kami pi HTAR klang...melawat sepupu aku masuk ICU..alhamdulillah..mingguni planning kami menjadi..okla...walaupun sakit2 gigi..aku redah jer..nnti bila lagi aku nak pi...

sabtu ahad aku balik gemas pi kenduri..semalam la aku stat tinggalkan afy di seremban..mak aku jaga dua2 cucu...kesian mak aku..apa boleh buatkan...hehe....sayang mama!!

ada masa lagi 3 bulan sblm majlis perkahwinan adik aku...tapi kami sekeluarga tak siap apa lagi ni..aku pulak mengandung...mebe bulan 12 ni kami pi nilai untuk membeli belah untuk setelkan langsir, karpet dan brg2 kawin adik aku..

11.11.2011

Ini la tarikh yang dinanti2kan oleh pasangan untuk berkahwin...apa yang istimewa sangat dgn tarikh ini..memang cantik..aku pun suka...hehe...tapi bagi aku la..tarikh ini sesuai untuk abdikan diri pada Allah...dikurniakan tarikh yang sesuai dan jatuh pada hari jumaat...ia sangat signifikan..tahniah kepada yang mengunakan tarikh ini untuk ke arah kebaikan..

Pada tarikh ini juga, banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan..tetapi ia bersifat peribadi...tak perlu untuk aku menulis di sini...ia terpahat di dalam dada..

Minggu ini aku balik kampung untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan sekolah lama..ikutkan memang tak larat nak balik..tapi memikirkan majlis dibuat di gemas, so ada la tempat nak rehat..aku dapat 3 majlis..tapi semua bukan di gemas..memang tak sesuai untuk anak kecik..

akhirnya aku memilih majlis ini...tahniah pada Haslinda dan Nizar...semoga kalian berbahagia dan dapat menempuh alam rumahtanggan yang amattt mencabar...


Renjis2 di Pilis..Ditepung inai tawar...hai beras kunyit ditabur..disiram di air mawar..hehe..tah betul tak aku taip lagu ni...belasah jer la...


Kuning Diraja..Tema Nogori!


Pengantin semasa dirinjis tawar oleh ahli keluarga...


Pengantin Tersentuh jer..asyik keluar air mata je..mungkin sebak sangat..akhirnya dia berkahwin dengan lelaki yang amat menyayangi dia...sblm ini dia bnyk kali gagal dlm percintaan...kwan aku ni bekerja sebagai penari artis..dan penari semua event2 korporat/swasta


Pelamin Nikah. Nasib time aku takde benda2 camgini..kalau tak mmg bengrap la...


Pelamin Nikah..cantik...






Hantaran..Selamber je letak yang mahal atas katil tanpa pengawasan..




Pelamin Mempelai


Kek Perkahwinan..


Tahniah..Haslinda dan Nizar..Semoga kekal dan tabah dalam ujian mendatang..


Kuning Di Raja..Ni Tema Orang Nogori Sembilan!!Daulat Tuanku..haha


Keluarga en.Ramli

09 November 2011

Cabut Gigi - Mengandung

Tajuk macam tak syok jer kan??tapi cerita disebalik tajuk tu memang boleh jadi karangan..sememangnya aku suka mengarang dan berceloteh..aku nak cuba berubah tak mau celoteh..nanti orang tak suka..hahaha...

Berbalik pada tajuk tu..Tujuan utama aku pagi2 ke klinik untuk bertanyakan pasal gigi..gigi aku dah sangatla sakit..sakit mmg sakit..panadol dah aku telan 2kali semalam..

Sampai klinik kesihatan putrajaya..aku terus bertanya pada Nurse gigi..adakah saya boleh cabut gigi kerana saya sedang mengandung?..Then nurse tanya lagi boleh sekiranya kandungan puan 4bulan dan ke atas..wah!! lega bila dengar nurse jawab macam tu..masa tu pagi kan ramai..then aku pun buat cadangan sendiri..aku cakap nurse saya nak daftar dan ambil nombor..then saya nak pergi hospital putrajaya ambil darah sekejap jer..hehe..sekejap apa lama 1 jam aku kat spital hehe...

Ramai pulak, kat spital..grrrrrr...tunggu je la..lagipun ini lebih penting..apoiment ambil darah untuk Check Tiroid aku..

sejam gak la aku melopong kat spital..akhirnya nama aku dipanggil..emm..terus laju je aku masuk...nurse yg ambil darah membebel2 sebab ramai orang hari ambil darah ..sebelum2 ni tak ramai...okla aku pun ok jer..terus ambik darah 3 botol utk tiroid....siap jer laju2 aku pi ajak laki aku pi klinik semula...sebab nombor aku dah ada..aku takut nama telah dipanggil..

Sampai klinik gigi..memang betul nama aku dah lepas..hehe...

aku cakapla sowi lambat..ambil darah lama tadi..ramai org..huhu

okla nurse klinik tu semua bebaik..

ok sampai nama aku dipanggil..aku masuk2 terus la cakap...dokto saya nak cabut gigi sekarang..huhu..amboi berani sungguh aku!!yelah byk dah sakit aku rasa...setakat cabut gigi ni..beranak lagi sakit...huhu

bla bla bla ngn dokto aku cakap ada sakit itu sakit ini...alergik antibiotik dan mengandung..hah kau!! terus dokto gigi tu check..dia cakap tak de pun lubang gigi..pastu, aku cakap ada la doktor...

lastly dokto tak gak nmpak..aku yg jadi nurse..aku yg bukak sendiri mulut aku besar dan masukkan jari..hah kau!! aku pulak yg jadi nurse tunjuk gigi sendiri..kelaka..cerita ngn laki aku..dia pun gelak..hahahhahaha....

gunala alat tu bukak mulut aku yg bhgaian belakang,.,.yela gigi aku kan besor...alat pun tak sampai nak tgk hahhahahha..pas dokto ketuk aku ckp bukan itula dok..inila sambil masukkan jari lagi..hahahha..then baru dokto nmpk..

sakit ke katanya??aku ckp sakitla dok..dokto gigi dulu suh cabut saya tak mau..skrg saya nak cabut..dokto tu pi pulak panggil dokto lain..

dia tak berani bagi keputusan mau cabut tak..

lastly aku yg cakap..boleh la cabut..hahhaha..aku pulak yg decide..

pastu dokto check buku mengandung aku..cakap suh refer spital putrajaya...adui penatla ..dokto klinik ni semua tak berani buat keputusan...

akhirnya dokto bg cdgn suh ckp itu ini kat dokto tyroid nnti...emm.brapa jam aku pi sana pi sini lastly tak gak cabut,,sebab aku ada tiroid..kalau mengandung jer mmg boleh dah ..tak payah refer apa2..

P/S: susah betul nak cabut kalau ada sakit lain ni...sabor jerla..dokto suh tggu spital ckp apa...kalau dokto tiroid spital putrajaya kata ok boleh..baru boleh..adui tanggung sakit lagi la ni..kesian laki aku...hehe...kene telan panadol la..

macam2 hal..

kehamilanku 17 minggu

Minggu ni kandunganku berusia 17minggu...minggu ada rasa betul2 sakit bahagian pinggang ke punggung..selalu ada gak..tapi kali ni lain sikit...rasa sakit2 kat bahagian ari2 ke bawah..jalan pun sgtla slow..takde laju pun..sbb rasa takut hehe...pastu nak buang air besar pun takut hehe..kelaka..macam 1st time pulak...hehe

Padahal dah kedua kali..apa2pun harap2 aku ok..mebe penat sgt kot perjalanan raya hari tu..mmg berjalan jer..naik kereta dan motor..pastu skrg laki aku dah kerja site kat UKM..memang la kene bawak moto..sebab UKM tu jem..so skrg mengandung aku mmg naik motor...takde naik kereta...kalau naik kereta boleh..tapi akan lagi balik lambat..kesian anak aku...

today rasa tak berapa sihat na..sakit bahagian belakang dan sakit gigi..sebenarnya gigi aku dah lama berlubang,,...pastu aku tak sedar aku pregnent...dokto nak cabut..tapi aku tangguhla..ingat nak cabut time puasa..tup2 mengandung..emm mmg terus tak lah..hehe

Tetiba today sakit pulak..buat apa semua tak kena..emm..jalan pun today slow jer...macam perut dah besor pulak..jalan slow giler...haha...

balik ni nak pi ambik kopok leko..tak taula..larat tak..macam tak larat..macam nak suh laki aku pi sendiri jer..dia tu kalau aku takde mmg takde nafsu dia nak gerak...aku ni gak kene teman dia...

08 November 2011

Minggu yang Padat

Minggu ni rasanya kene pilih salah satu je..sebab minggu ni banyak betul kene pergi..dengan sepupu aku masuk ICU diklang, dengan kawan aku kawin kat gemas dan minggu ni juga laki aku ada kelas + ujian...so driver hanya sorang..aku la kene korbankan salah satu aktiviti..pening aku..kalau waktu kerja mana mungkin aku nak pi jenguk sepupu aku kat ICU...laki aku malam2 bz dengan aktiviti dia...so mmg kene laju2la pilih salah satu tempat nak pi..

Semoga Allah memberi jalan kepada aku untuk memilih yang mana lebih penting..amin

07 November 2011

Gambar2 aku rangkumkan..


RIO The Favourite Afy


Citer Paling dia Tak muakkk...


Gaya afy depan tV


Kusyuk tgk citer dia..dah berapa kali ulang...tgk dia cakar dgn markerpen..


Baru buka hdplus


Geli


Sebelum Buka Jahitan


Baik jer...kalau atuk dia buka jahitan


Diam je hafiy masa kami pegang nak buka jahitan


Nasib la ayah aku ni masih partime lagi kerja..so skill2 semua masih segar..


Nenek aku baru balik spital...dia dah sangat uzur..kesian nenek dah kurus....happy dia bila kami semua berkumpul...ini je la yg tinggal..mmg nenek aku ni kuat semangat..dia kan cina...


Keadaan malam raya masing2 makan je..macam2 ado...


Keadaan malam raya..pas siap bakar lemang semua...


Afy dan Tok SU...tgh hirup sup tulang...afy happy sangat malam raya ni...

Raya kedua - Scan baby - Balik Putrajaya

Semalam kami gerak dari gemas jam 12tghari..betul tghari..kami lambat gerak sebab aku kemas2 umah dulu..family aku semua dah takde..mereka pi Kota Tinggi Johor, pi rumah tunang adik aku..mereka ke sana nak berhari raya dan bincangkan tarikh perkahwinan...saja jejalan..sambil berbincang...takdela pihak lelaki je datang..kesian pulak..family kami jenis sempoi jer..tak kisah,pompuan pun leh pi berbincang..takde isu utk kata lelaki je mai umah kami..apa salahnya kami ke umah lelaki..so perbincangan settle..tarikh kawin 2hb3 2012 (nikah) dan 3hb32012(sanding)..tarikh ini dipilih kerana cuti semesta, nak jarakan dari aku bersalin dan tarikh ni untuk sebelum ayah aku pi Indonesia...so bila dikiranya pihak sana free juga tarikh ni..so terus greb tarikh ini..maknanya masa ni kandungan aku baru masuk 8bulan ..okla tu..masa tu aku nak buat besday afy ke2tahun juga...malas buat kat putrajaya..sana pun tgh masak2..alang2 aku join la sekali buat besday kat gemas..time adik aku nikah..hehe

Cerita kedua ..kami onway balik kami singgah kat WET WORLD PEDAS Rembau,....wah ramai sungguh org..semalam nak pi mandi kat AFAMOSA tak dapat..laki aku nak gak ajak mandi kat wei world bawak afy..sungguh seronok afy tau..mmg amat sesuai la kat sini bawak budak kecik...afy menjerit2 kegembiraan...inila kali pertama kami bawak ke tempat awam...Dalam sejam lebih sikit jer..pastu kami pun siap2 balik..dah tengok afy kesejukan bersih2..cepat kami bawak naik...gambar pun tak ambil sebab hanbeg dalam bonet kereta...hehe..comei afy pakai sut mandi..

Cerita ketiga- Perjalanan kami teruskan ke Seremban...Tujuan kedua nak pi SCAN perut ni..nak Checkup CYst aku dan kandungan...kan baru pas bergumbira2 mandi..pastu jem pulak..kat area situ..emm..redah jer la...masa tinggal 2 jam jer utk klinik Rekha tu tutup...mmg tak boleh pecut..

sampai senawang terus pi ampangan anta afy dulu..anta umah kakak aku...tak mau bawak..kesian dia kepenatan...mmg betul pun..sampai rekha penuh..ramai org..rupanya doktor belum turun lagi sebab ada operation...

Then kami pi daftar dan kami org kedua last..pastu dokto tak mau lagi..dokto kepenatan...

nasib sempat..kami pi la makan kedai mamak sebelah..sebab dari WEI WORLD kami tak makan..makan bekal nasi impit jer utk alas perut...

Pas makan..baru dokto turun hehe...alhamdulillah takdela lama sgt tunggu..tapi kesian org lain tggu lama..hehehehe...

tiba giliran aku, dokto terus scan ..tgk2 CYST aku tak takde..alhamdulillah...hehe..seronok betull...takde cyst lagi...berkat makan Biodex ni dan makan ubat tiroid yg kuat tu..pastu dokto tgk anak aku...scan semua...okla..mmg jelas sgt muka..nampak semua la terang puas hati..Jantina???tungguuuuuuu..tggu aku bersalin ye...hehe...

ok...everything ok..dan kesihatan ok..tunggu checkup kerajaan pulak kat spital utk tiroid...bla bla bla pun tiroid kene rawatan selama setahun setengah...kene cekal...hadapi rawatan ni...thing positif...itu je...

P/S: jahitan dahi anak aku dah dibuka...okla...nak kene letak minyak alga hilangkan parut...Terus bagi afy Scotemulsion..pas mandi wet world...mencegah lebih baik...

Selamat Hari Raya Aidiladha

Belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari korban...korban apa ye??hehe...ok today hari pertama minggu kedua november 2011..Terasa segar bugar setelah bercuti panjang hari raya...walaupun aku tak mohon lelama bercuti cukupla sekadar yang telah kerajaan berikan..alhamdulillah...

Ok apa macam korang cuti??ada Syokk tak??aku alhamdulillah happy la juga walaupun penat...penat makan dan penat melayan kerenah anak bujang aku sorang...bukan apa??masa yg ada ni la anak kita nak bermanja2.

Panjangkan kesyukuran kerana, anak aku dah petah bercakap dalam bahasa dia..bahasa yang kureng kami fahami..yg betul2 kami faham yelah 3 4 patah perkataan je..itu pun mmg dia hampir jelas sebutan...okla..cute2 jer bila dengar..rasa sejuk hati bila mendengar..hehe...kadang2 aku suka menyakat2..aku mmg suka menyakat dia..dan ayah dia pun suka menyakat afy juga...kami sekeluarga mmg kuat menyakat...hehe

Berbalik pada tajuk diatas..kami berhari raya di gemas...

kat kampung kami masak lemang...but aku tak sempat nak bakar lemang..emm...ingatkan sempat rupanya tak sempat gak..

Perjalanan kami sangat lama..terasa macam balik terengganu pulak..

jalan jem hampir 4 jam baru sampai umah..

sebenarnya mmg dah tau jem..tapi kan bila jem jer pasti suami aku bawak kereta arahnya salah..contohnyala..kalau jem highway PLUS kami lalu LEKAS...bila lalu lekas aku mmg dah tau Kuala Pilah jem teruk....

Tapi laki aku tetap lalu..abiskan takkan aku nak marah dia..so aku senyapla..kiranya kami ok jer..anak aku pun tak meragam..sejam kamisangkut jem kat kuala pilah sahaja..pastu laki aku patah semula balik seremban..mak aiiiii...dah penat2 lalu jem..dia leh patah sremban..emm..agak bertegang leher gak la dlm kereta...aku cakap..abi buat kerja bodo la afy..apa salahnya kita teruskan jer perjalanan..emm..pastu laki aku terus lalu jalan REMBAU...jalan ni la yg aku nak lalu dari awal..sememangnya takde kereta langsung wei..syok jer lalu..laju jer..

pastu sampai gemas 7 malam..kau lama giler..macam jauh benor pulak...

sampai je terus sakit 2pinggang dan kepala..penat oi..afy siap tido dua kali kepenatan dlm kereta..

Malam kami tak leh tido awal kami pi kampung ..macam setiap tahun..malam2 pi kampung mak aku kami lepak sambil borak2 n makan..makan la macam2 ado...

Keesokan raya kami siap awal..semua pi masjid..aku je jaga anak di rumah..layan anak dan bagi sarapan..

10pagi gerak pi kampung semula..jumpa nenek dan kami borak2 dan makan lagi..selang beberapa jam makan lagi dan terus makan sambil melayan dini hafiy..sampaikan lupa pula nak snap gambar grrrrrr...

jam 12tghari pas laki aku tukar minyak hitam dan betulkan brek..kami gerak pi AFAMOSA..cadangkan nak bawak afy mandi manda..

Ya Ampun..inila satu2nya tempat yang dekat ngn umah kami...

sampai sana kene parking luar..amboi tak larat aku...dah la bawak perut..eeeeee..takdela..so laki aku pun pusing..kami tak jadi pi mandi..kami pi makan secret recipe...hahahhaha...makan lagi..kali ni mmg puas hati..laki aku belanja cakap nak ganti yg San fransisco tu tak sedap langsung...afy seronok main dlm kedai tu...

pastu kami gerak baik gemas...mmg penat giler..

sampai terus kami rehat..

petang kami keluar naik moto pi kampung hantar barang..hehe

jalan lagi..tapi naik motor..suka betul afy...magrib baru sampai umah..

malam kami tido awal kepenatan..

03 November 2011

Pizza San Fransisco - Hapy Anniversary

Malam tadi kami pergi celebrate ulangtahun perkenalan kami..hehe..bukan ulangtahun perkahwinan tau..tapi ulangtahun perkenalan kami..ala yang 1st date seblm kami bercinta..hehe..kalau takde date ini,pasti kami tak bercinta..hahahahhahaha..adui macam apa tah..kenangan tu..memang bila ingatkan memang kelaka sangat...macam2 gelagat org baru mula2 nak bertemu...memang tak pernha tgk muka..semalam berkawan hanya dalam telefon , email dan hanya dalam chatting jer..masa dulu mana ada MMS leh tgk muko..memang tawakal jer..kalau muka pecah umah pun aku layan..hahahhaha..sebab aku layan laki aku ni..kerana dia suka borak dan aku setiap kali borak mesti best..lagi2 aku ni kuat borak..aku mmg cepat ngammmmmm ngan org yg suka dengar aku borak..hahahhahahaha...layanzzzzzz cerita ni ye..

Actully kami dah kenal lama dalam chatting..tak pernah jumpa...laki aku ni dulu kawan chatting adikkkkk aku yg gurl tue..dia la pas forward bagi aku..katanya kngah kau nak kawna tak??aku pun, layan la..sebab kan aku mmg suka berkawan..then aku menyamarla jadi adik aku..borak2 punya borak..baru laki aku tau itu bukan adik aku..baru tahu aku ni kakak selama dia chatting dengan kakak rupnya..tapi laki aku sejak azali mmg suka gak layan borak/chatting ni..kalua pun bukan aku ..dia bukan tau sapa pun..bukan dapat tgk muka..yg penting kedua2 main chatting dgn amt jujurnya...

laki dan aku ada gak kami borak dgn org lain...tapi macam serasi jer... chatting ngn aku jer serasi...that means kami mmg serasi bersama..lolololo//hahhahahahahha

ok dipendekkan cerita, akak aku ada kat KL masa study dulu..kami pun buatla date tarikh 1 november...dgn aku yg selenge giler dengan aku yg hard rock..so kami pun buat date..kah kah kah

lastly kami jumpa kat KLCC..dia ajak pi makan burger king..wah!!1st time makan burger king..mmg auwwwwwwwwww!!!!tak tau nak makan apa..so control2..dia yg belanja..naik bas ngn akak aku...kami jumpa guna marks..aku pakai kasut tali oren..so mmg kami pun jumpa...adui malu giler...hahahhahaha

SAMBUT DI PIZZA SAN FRANSISCO

Malam tadi walaupun laki aku bz...kami tetap akan sambut..kami ni lain tau!!kalau besday2 ni kureng sangta sambut..entahla sejak azali macam tak de nafsu dan tak berkesempatan nak sambut besday tau...aku leh kira ngan jari kalau sambut besday...

tapi yg pasti sambutan utk 1 november ni mmg tiap2 tahun ada...pelikkan..entahlah..tarikh ni mmg penting bagi kami berdua...

malam tadi akhirnya kami keluar umah tanpa tau nak makan kat mana...tapi kami keluar gak walaupun hujan lebat..kami ke bangi..mula2 nak pi Secret Recepi..tapi ramai sangat orang..then kami terus pi piza san fransisco..ok that right!!tempat sangat sesuai untuk anak aku yg lasak...so kami duk dlm sekali...

kami buat decide utk tidak makan piza...

kami order lainla...nnti aku upload gambar...

tgh2 makan...anak aku berlari2 lari lari...akhirnya pong!!! hah kau!!kene lagi meja!!!

adui menangis lagi....kali ni kena bengkak kat pipi....balik terus tuam...terus laju2 makan..dan cau..

balik laki aku bagi ciuman mesra "hapy anniversary"..itu jer yg sempat katanya dengan anak yg lasak..auwwww malu aiiiiiii..terima kasih...memang mahal tapi malam tu makanan tak mesra tekak langsung..

pasni kita makan piza jer la fransisco jer yg sedap...menyesal tak order pizza...konon nak lain dari yg lain..hah kau!!membazir....yg kita order tadi semua tak memenuhi citerasa...mmg tak sesuai ngn tekak kita yg melayu jati ni...

Semoga hubungan kita kekal mekar..walaupun ada gadoh2 manja..hahahha

02 November 2011

Kunci Motor

Lupa nak share pasal kunci motor...anak aku kan sekarang sibuk jer nak naik motor..tiap2 hari dah tiap2 kali nampak muka abi dia..mesti ayat pertama keluar VrOMMMMMMMMM..itula dia...naik pening kepala...skrg musim hujan/tengkujuh ni..nak naik motor..macam mana...kdg2 biarkan abi dia bawak ke bawah suh rasa air hujan tahu pulak tu..

cerita ni isnin petang la...kami nak pi beli brg2 umah yg dah kering kan...so afy pun bawak la kunci motor...

kunci motor mmg dia tahu..dia yg amik sendiri..pastukan..dia pun pegang dengan hati yang riang gembira..

dalam sakit2 pun nak vrom..sampai lift kami turun la seperti biasa..hujan lebat gak..dia pegang la kunci tu sambil badan terkinja2 sambil sebut VROM22222..apa lagi sampai betul kat depan lift mmg depan betul diantara pintu dan dalam tu..

TING................................

HAH KAU!!!!!!!!

masuk pulak kunci tu ngam2 dalam lubang pintu luft..

adui satu kerja lagi...terkejut gak mula2 kami dah cakap..kunci apa tu!!!!!!!!

tgk yg ada kat tgn kunci umah dan kereta..

peh kunci motor yg jatuh..

laki aku cakap nasib kunci ada spare kat atas...

yg jatuh original pulak tu..nasib oroginal motor ada 2..

so kami pun semlm call mantainent lift...semalam magrib baru maintenant call cakap kunci dah ambil..mereka letak di pejabat mantenant..ok la tu..syukur..

macam2 hal la minggu ni..hehe..anak punya hal lor...

01 November 2011

Beli Beras - Bangkok Thailand musnah Kerana banjir

Korang alert tak pasai banjir yang melanda thailand? aku mmg alert...sampai sekrang banjir masih lagi tak surut..kesian sangat..salah satu bala yangAllah turun..Mintak2 la dijauhi dari kene Bala macam ini..takde kurang langsung banjir di sana...risau aku di dalam hati juga..

Dalam masa kita berseronok2 ni banyak gak kejadian yang Allah turunkan..tapi ada tak rakyat malaysia terfikir dan bertindak??adatak risau dihati?

secara amnya kira tahu bahawa beras banyak gak kita dari thailand...bekalan beras mebe akan berkurangan..risau gak..pasni aku nak beli beras bebanyak la..takut kalau berlaku apa2 risau mahal pulak beras nyer..sebab permintaan tinggi..emm..

kejadian macamni tandanya Allah dah marah..cuma kita je buat deq ngn apa yang bala menimpa...emm..subhanaAllah..semoga malaysia dilindungi..bahaya..sebab dah dekat sangat ngan malaysia..lapangan terbang pun dh tutp kat sana..emm...

Rakyat sana pun dah marah2 dengan kerajaan mereka....

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers