30 April 2010

Part 3 - 12 hari terlantar di Hospital Putrajaya

Selepas discaj dari HUKM, aku la org yang paling happy..sebab tak sanggup dah duk menjaga baby seorang diri di HUKM..aku kan operate, masalahnya tak boleh langsung mama aku teman..nurse yang akan jaga aku..bila waktu tegang mcm baby aku nangis nak susu, aku tryla bagi susu badan tetapi sebabkan aku sakit sangat bahagian perut/abdomen so aku tak bole bagi susu dengan betul..bantai anak aku melalak..Nasib aku ada kwn katyil sebelah yang tolong dodoikan anak aku..dia faham aku tak larat dan sakit sgt..aku mmg tertekan..bila aku tak larat nak jalan,aku tekan loceng,ada pulak seorang nurse senior ni marah aku..dia cakap jgn tekan loceng kalau nak susu botol jalan sendiri..amboi kerek sgt nurse ni..tengah sakit2 dia suh aku jalan..ah!! itu yg menyebabkan aku nak discaj cpt2 dr HUKM...ah ttp citer HUKM..

28hb MAc 2010

selepas discaj,aku pun happyla..sampai umah 3ptg jer tak sampai brp jam aku dah sakit sgt bhgian perut..aku ingat mmg gni sakit operate..so aku tahan jerla..aku rasa nak tercabut pinggang aku, sakit sgt...then sakit tu merebak kebahagian atas perut..aku tahan lagi..then aku rasa nak terkencing so aku pi toilet..aku kencing mcm biasa tapi sgt pedih..aku tahan..aku suh adik aku tolong papah aku..lama kelamaan jam menunjukan 12mlm..aku nak kencing lagi tetapi kali ni makin sakit nak kencing tak kuar apa pun tapi sakitnya mcm nak meletop perut aku..abah aku suh pi HUKM..aku menangis2 tak mau..dah la jauh tak larat aku nak naik keter terhentak2..

3pagi

JAm menunjukan 3pagi..anak aku dari awal balik melalak jer..aku nak bagi susu tak dpt sbb aku sakit sgt..mama pun bagila susu botol tetapi melalak lagi..aku dah tension dgn sakit ni..aku menangis2 tak boleh nak kencing...perut aku dah buncit sangat..so aku rendahkan ego nak pergi hospital..aku suruh suami hantar di Hopsital Putrajaya bahagian emergency...

4pagi- 8pagi

Sampai emergency tiub kencing dimasukkan untuk membuang air kencing..alangkah terkejutnya banyak sgt sampai berdarah..aku ditahan wad..aku menangis2 tak mau..aku ckpla baru balik HUKM dan anak aku mcm mn..so doktor benarkan anak aku dibawa sekali..8pagi aku di hantar ke wad spital putrajay..disini bermula la kehidupan aku selama 12hari di wad..

BAnyak sungguh dugaan..aku kuatkan semangat...setelah 4hari menggunakan tiub kencing sakit itu hilang dan aku semakin pulih...

Tetapi doktor pun pelik kenapa aku tak boleh bergerak seperti biasa dan naik turun katil pun susah..bahagian punggung aku tak boleh bangun n duduk seperti biasa..doktor pun buat pemeriksaan bhgian faraj..tak de masalah..

Ujian darah dilakukan..oh! didapati aku dijangkiti kuman di dalam darah..patutla aku asyik2 deman setelah bersalin..doktor terpaksa tahan aku lagi sampai baik..tiap2 hari darah aku diambil..sakitnya dan rasa tak larat dicucuk..kalau kene nurse training yang buat keje pun sakit..tapi lagi teruk kalau doktor pelatih dari Cyberjaya universiti ambil darah aku..sampai bengkak2 urat tangan aku..

Tiap2 hari buat ujian darah..dan pelbagai antibiotik dah aku telah dan masuk dlm badan aku ni..dari tablet sampaila antibiotik yang mahal cucuk terus dlm darah..sakitnya..dah la czer aku sakit,bahgian dada aku sakit lagi dengan wayar2 berselirat ni..rimas sungguh!!

Nasib mama aku ada jaga anak aku..anak aku lelaki pulak kuat menyusu..sakit2 aku susukan jugak..kalau tak larat aku pam jer susu badan aku..alhamdulillah anak aku sihat..

HAri demi hari keputusan ujian darah aku masih tidak normal..ada masanya aku menangis teresak2 mengenangkan aku berpantang dlm wad dan dalam keadaan sakit..sian anak aku kesejukkan duk di wad..

mama aku tido dikerusi malas jer..dia pun kesejukan...Dalam hati berdoa harap dapatla kuar wad cepat..tapi tak juga dapat..

Aku beruntung dapat doktor pakar dan nurse yg baik2 jaga aku..bertuah badan..anak aku pun mrk mandikan..doktor pakar putrajay tak benarkan aku balik selagi tak sihat..dia ckp org yg dalam pantang kene sihat takut apa2 terjadi masa berpantang bahaya...aku pun redha dan aku patuh arahan doktor..

Kawan2 opis datang melawat..kwn2 luar pun dtg melawat..terima kasih sebab ramai yg datnag melawat aku dan anak..

Lama kelamaan aku tak beransur pulih ini btl2 pelik..aku ckp bahagian bawah dada aku sakit sgt..nak makan dan tido sgt2 susah..doktor pun periksa..dia suspek aku kene Bengkak Hati..so pakar sugery putrajaya pun datang buat pemeriksaan..mrk lakukan CT Scan..

CT SCAN - Masa buat ujian CT Scan ni aku mmg berdebar2..aku berpuasa malamnya..mcm2 aku pikir pasal masa depan aku..aku menangis2 bila doktor syak aku kene bengkak hati..betapa luluhnya jantung aku masa tue..aku bayangkan umur aku dan sapa yg nak jaga anak aku yg memerlukan aku tika ini..bengkak hati ini selalunya Hipetatis...aku takut sgt kene jangkitan hepatitis..kalu dah kene mmg susah nak baik..

Seumur hidup aku kenangan masuk dalam mesin imbas..mmg takut btl..padahal takde apa2 pun..masuk terowng imbasan mcm2 aku fikir..takut kang kene elektrikla dan mcm2..hehe..macam ayat dan surah aku baca sampai terlupa2..ish2...

esoknya keputusan menunjukan aku ada bengkak dibawah bahagian hati..maksuhnya bengkak tu mungkin jangkitan kuman..ia menyebabkan aku rasa sakit sgt bila makan dan minum..ia bukan hepatitis..alhamdulillah lega sgt!!hanya perlu makan antibiotik dan minum byak..bengkak bawah hati itu lama kelamaan beransur putih..syukur bila ujian dilakukan atas badan aku sebarang penyakit berbahaya tiada..ada hikmahnya dan bersyukur akhirnya badan aku bebas dari sebarang penyakit..

Bila kenangkan kembali kronologi masa kau mengandung sampai bersalin patutla aku tak boleh tido dan sakit bahagian abdomen..rupanya ada bengkak di otot bawah hati aku..

Dan aku bersyukur segalanya terlerai selepas bersalin..setelah dirawat aku semakin pulih..aku dibenarkan pulang...bebas aku dan merdeka rasanya..seronok akhirnya aku balik juga rumah dengan berbekalkan ubat antibiotik..

Aku disuruh dtg lagi untuk apoiment next weeknya..

25 April 2010

Part 2 - Lahirnya Dini Hafiy

Part 2 - Bermulanya Cabaran pertama

Pecah Ketuban

8.00pg - Doktor datang untuk periksa laluan aku..Nasib aku dah makan sikit..Bila doktor periksa laluan dah buka 4cm..apa lagi doktor terus pecahkan ketuban aku..sebenarnya aku tak suka kalau dipecahkan ketuban awal..memangla due date aku dah lepas..tapi bagila peluang untuk pecah sendiri..but zaman sekarang mana ada masa lagi nak tunggu..masa ketuban pecah aku tak rasa apa pun..tak sakait pun..hanya rasa keluar air sikit..doktor bagi bocorkan dulu..

8.15pg - aku ditolak untuk masuk bilik menunggu..bilik menunggu dipanggil Stage 1.
aku dimasukkan ubat untuk buang air besar...peh!!masuk jer dalam dubur aku terus nak berakkk tak menyempat2..mmg kuat giler ubat ni..apa lagi mencicitla aku membuang..dalam tandas tu mula aku berpikir mcm2..e2 ini...huh takut..

ops!! terlupa hubby dan mama aku tunggu di ruang menunggu stage 1..cian mereka..

8.30pg - selesai aku dipakaikan CTG..benda alah inila aku menyampah..dahla perut aku sakit dan belakang aku sakit pakai benda ni mmg mautla..rimas aku dibuatnya..sengal siut..mula2 tak rasala..pastu dah penuh tangan aku ngan wayar..aku dah stat rimas..korang taula aku ni bukan jenis duk diam..diikatnya aku..aku macam tak caya pulak aku dah duk Stage 1..dimasukkan ubat induce air..sekarang bermula la..

9.00pg - peh! dah stat badan aku berat semacam..berat dan sengal bhgian belakang..ubat induce tu dah mula menyerang aku..aku dah kecut perut dan seram sejukk..aku ni nmpk jer ganas..tapi bab2 operate2 ni aku mmg pengecut abis..

9.30pg - aku tak tahan dah..aku minta epidural..aku minta sebab aku tau aku tak kuat..aku tak kisahla org nak ckp aku tak kuat ke apa..tujuan aku minta sebab aku tak mau menyusahkan nurse2 dan diri aku yg sememangnya tak kuat ni..

10.00pg - Datang doktor pakar buis..aku disuruh untuk duduk melengkung sikit..dah mulala doktor cucuk belakang aku..sblm cucuk epidural aku diterangkan macam2 dari doktor..aku fokus abiss time doktor bius cucuk..mcm2 doa aku baca..alhamdulillah berjaya dan aku tak rasa sakit..rasa mcm kene gigit semut sikit..

10.15pg- badan dah rasa kebas2..dan rasa makin banyak air ketuban keluar..tapi tak sakit sbb epidural..mata aku mmg lalokk abis beb! kesan ubat ini mmg mengamcam..bila kene aku lalokk dan gatal seluruh badan!..gatal sangat! aku duh nurse2 tolong garuk2 bdn aku..aku mn leh garukk sbb berwayar2..gatalnya lama sgt..peh!1 tak tahan..gatl bukan sakit..nasib aku ambil ubat tu..mmg laluan aku tak buka masih 4cm lagi..

11.00pg- setiap sejam doktor datang periksa laluan..masih 4cm lagi..bermula la bab nak selukk2 ni..satu persatu doktor datang selukk aku..malu mmgla malu apa nak buat lagi dah mcm tu gayanya nak periksa laluan..yang datang doktor muda2..lelaki cina dan perempua melayu..(sempat nurse yang jaga aku tu minta nombor telefon..sbb dia tau aku org KKM, dia nak minta tolong pada aku nanti berkenaan pertukaran, apa lagi aku suh nurse tu layan akula..abiss nak nombor hp aku. hehe)

12.00tgh- Datang lagi doktor selukk dan periksa laluan masih 4cm lagi..CTG menunjukkan ada kontraksi..itu yang mrk seluk tgk..doktor perempuan pula..yang datang semua muda2 belaka..rasa mcm umur bawah aku jer..

1.00tgh - Datang lagi periksa laluan..kali ni nurse nampak cemas..sebab CTG aku menunjukkan anak jantung anak aku perlahan..mrk tan bgtau aku..but aku taula..nurse kelam kabut panggil doktor datang untuk periksa laluan lagi..aku apa lagi tadah jer la..ubat epidural masih bertahan lagi..masa ini wayar2 semua dan CTG dicabut..mereka stat nak hantar aku ke laboroom..masa buka ctg tu rasa lega sgt..time mrk nak tolak tu,aku sempat minum lagi air akar fatimah dan air yang ustaz buatkan untuk aku..

1.30ptg - Aku ti tolak untuk ke labaroom,jantung anak aku perlahan..aku pun naik risaula..time kene tolak tu suami aku dipanggil untuk ikut aku dan teman aku di laboroom..laju2 suami aku ikut dari belakang..mama, aku suruh tunggu di surau..

2.00ptg - Wayar2 dan ubat induce dan CTG dipasang semula di perut aku..di HUKM terdapat bilik2 untuk setiap orang yang bersalin..biliknya kecik dan muat2 untuk 4org jer masuk..suami aku menemani aku disebelah..bila periksa jantung anak aku kembali ok..doktor cakap mungkin baby aku terbelit tali pusat..berderau aku dengar..doa2 janganla apa pada kandunganku..Alhamdulillah ok..

3.00ptg - Ubat induce aku dikuatkan..masa ni badan sudah terasa berat di bahagian belakang ke hadapan..mula terasa..ubat epidural aku dah mula makin berkurangan..aku terasa sakit menyerang...bila periksa lalaun masih 4cm lagi tapi terasa sgt dah..masa ni aku tahan jer..bila sakit aku suh suami aku bagi aku air..

4.00ptg - doktor datang periksa masih 4cm lagi..diseluk22nya..darah makin banyak..air ketuban makin kurang..kali ni doktor suh aku tunggu lagi..badan dah sakit sangat..aku mengereng ke kanan dan ke kiri..mula air mata aku berlinang..aku mula menangis..tapi aku tahan lagi..

4.30ptg aku dah tak tahan sakit sangat..kejap kedepan kejap kebelakang..aku mengereng kanan kiri semua tak tentu arah..airmata dah mencurah2..aku minta suami aku panggil nurse..nurse datang ckp akan panggil pakar bius untuk topup buis pula..

5.00ptg - Pakar bius datang cucuk aku..peh lega dah tak rasa sakit..aku suh suami aku pi solat dulu..aku duk seorang diri dalam bilik yang penuh misteri itu..

6.00ptg Ubat bius dah abis..suami aku tak sampai2 lagi..rupanya dia pi beli makanan untuk mama dan dia..aku dah menangis2 dah..meraungla aku bila aku keseorangan..nurse datang periksa laluan masih lagi 4cm..dtg doktor masih lagi 4cm..lastly aku tak tahan aku suh doktor panggil suami aku..doktor pun call..bila suami aku sampai aku tanya kenapa lambat sampai?dia ckp pi beli makanan itu pun dapat mkn 1keping roti cian pula..

6.00-7.30pm - aku dah meraung kesakitan ubat semua dah abis..bila aku minta bius mrk dah tak kasi..mrk ckp merbahaya untuk anak aku..sbb terlalu byk ubt mrk bagi..aku dah tak tahan..aku marah2 suami suh panggil doktor masukkan bius..dah sakit sangat tapi laluan tak buka lagi masih 4cm..darah makin banyak..muka suami aku pun dah pucat..dia pun tak tahan tengok aku menangis kesakitan..doktor bagitau aku kene tunggu lagi..aku dah tak tahan mrk suh tunggu lagi sampai jam 8mlm..7.30mlm aku menangis minta nak operate..bila periksa laluan tgk kepala anak aku bengkak dan senget..

Bila kepala bengkak dan senget apa lagi doktor pakar benarkan aku dioperate..segala mcm wayar dan CTG dibuka dengan pantas..takut anak lemas..kelam kabut semua tolak aku ke dewan bedah..aku dah meracau2 masa tue..dah lupa diri sekejap..ingat lagi aku bgtau suami aku "Kalau nak anak lagi ko kawin la lain" aku tak sanggup sakit mcmni..mmg meracaula aku..semua ayat yg aku bca ada yg ingt ada yg luper..sakit oooo...itu pun nasib aku guna epidural dari awal..kalau aku tak guna mmg sakit la aku dari pagi..sapa yang susah?

Sebelum sampai bilik bedah aku call mama aku dengan menangis2..mama ckp okla mama izinkan bedah dia pun tak sanggup tgk aku meracau2..aku minta maaf pd semua..suami aku setia menemati aku sampai pintu bilik bedah..ingt lagi genggam tangan doktor cina tu kuat2..

8.00mlm - Aku sudah berada dalam bilik bedah..besar kemain bilik tu..dan hanya ada sekumpulan doktor yang akan melakukan pembedahan ini..aku dicucuk ubat bius..aku minta nak tido sebab aku dah takut..tapi pakar tak benarkan aku tido..dia takut kesan pada anak kalau aku tido..menangis2 aku dlm bilik bedah tu padahal mrk nak stat bedah aku..

Alat yang nak belah perut tu aku rasa..semua doktor perempuan yang bedah aku ni..ada seorang doktor jaga dan tenangkan aku dibahagian kepala aku..aku menjerit sebut Allah HuAkbar2!!terasa alat tu belah perut aku..zzzzzzzzzzzzzzzzzzz..peh sakit..sapa kata bedah tak rasa..sakit sama jer..

8.19mlm- Syukur anak aku selamat dikeluarkan..anak aku tak kuat menagis..mungkin dia dah penat sangat time ni..doktor bagi aku tgk 'anu' dan cium baby..aku tak larat..aku tak heran..sebab aku dah sakit sgt..

8.20-9.00mlm selesai sudah merek jahit dan keluar kan aku dari dewan bedah..Aku dihantar ke wad..

inila pengalaman aku selama 12jam sebelum Dini Hafiy melihat dunia..
created: (3.00-4.00pagi 28hbApril)

24 April 2010

Pengalamanku Bersalin - Part 1

Salam semua..alhamdulillah aku selamat melahirkan anaku kukandung selama 41minggu tepat..Hari ini 24hb April aku berpeluang mengadap blog yg lama ku tinggalkan ini..(huru hara ayat bm) hehe..seronoknya dapat menaip kembali blog aku ni..memang lama nak taip,tapi semenjak jadi mummy ini mmg tak berpeluang langsung yela baby nak kan perhatian..malam ini aku baru berkesempatan sebab anak aku tido..dia meragam sangat2 today..mebe sebab dia baru lepas kene cucuk 1bulan..fuh!! terasa kepenatan jadi mummy..walaupun penat aku happy sebab anak aku sihat..alhamdulillah!!

Part 1 - 23hb Mac 2010

12.00 tghmlm

Malam ini aku bagatau hubby nak makan burger special!! aku tak lalu nak makan nasi sebab aku dah bosan..aku banyak fikir pasal knp aku tak bersalin2..aku sgt2 risau..aku bgtau hubby abisla sabtu nnti nak serah diri..aku rasa mcm nyawa dihujung tanduk..yela dah tau takutla..aku pas makan burger,hubby aku buat asigment dia..aku ckp study n buat asigment takut nnti beranak dia pulak takde masa nak belajar..so mlm tu dia bersungguh2 buat asigment..aku pun tak sedap badan aku masuk tido awal!..masa tido tu aku mmg lelap abisla..mmg nyenyak sgt..tetiba aku rasa ada air keluar dari kemaluan ku..aku terjaga dan bagun2 tgk seluar dalam..aik ada air merah..aku cepat2 panggil hubby..dia dgn kelam kabut terus tinggalkan komputer tgk..then dia suh aku siap2 brg22 nk pi spital..aku buat lengah2 jer sbb aku ikut ckp kwn,jgn pi awal2 takut kene tahan wad lama..aku pun makanla apa yg patut isi perut.

Aku dah siap semua,tapi aku tak mau pi spital..aku suh hubby baring dulu n aku pun turut baring sekali..tetiba, rasa makin byk air..tgk2 bukan air ketuban..tetapi darah..byk mcm period..rupa2nya aku bleading!!

Terus hubby pecut bawak pi spital putrajaya..

1.00am - Sampai hospital putrajaya tgk2 ramai sgt org yg menunggu..rupanya malam tu mmg ramai nak bersalin..aku pun cek jalan..doktor yang incharge tu mcm sombong sikit..aku tgh bleading banyak bole dia ckp sakit tak or bleading mcm mn..dia tgk2 mmg mcm period byk...dia selukkk ngn jari..tgk2 aku dah buka 2cm..patutla jalan mcm susah..tapi aku buat relek jer..

2.00am - Doktor buat surat hantar aku kat HUKM..sebab time aku dtg tu wad mmg dah penuh..sedih hati ini dahla tak larat..aku org yang ke-6 dihantar kuar dari spital..dugaan sudah bermula..jeng2..Nak tak nak kami berfikir..nak pi Seremban or Swasta..aku yg dah tak larat ni mmg buntu dibuatnya..masa nila pulak nak berfikir2..akhirnya hubby ikut cakap doktor pi HUKM,Cheras..

4.00am - Sampai HUKM terus cek jalan..dah 3cm..aku dah happy sebab buka 3cm..aku terus admit wad..di HUKM takde kelas2 wad..kami duk sama jer..mcm dorm...mmg byk katil la..

5.00am - Dapat katil dan aku terus tukar pakaian..cian hubby tak rehat..dia tak balik..sebab umah jauh..dia tido dlm keter dan duk luar wad..dia nampak sgt cemas dan happy sbb masa akan tiba..

8.00am - mlm - laluan still tak buka lagi..(nnti smbung lg)anak menagis...ok sambung..pas doktor check tak buka lagi..aku di suruh rehat dan saty 1hari lagi di wad..so aku suh hubby aku balik jer umah...mandi2 dan dtg ptg nanti..mama,atul dan akk aku dah sampai..hanya mama sahaja yang akan stay kat spital bersama hubby aku..huby balik ambil selimut dan baju2 untuk tido di spital..yang tak bestnya HUKM ni takde tempat nak tunggu..sian hubby n mama aku tido kat surau yang sejukk sangat tue..

Part 1 - 24hb Mac 2010

Aku tak berubah saty kat wad sampai esok pula..darah keluar makin banyak dan aku makin risau...jalan tak buka2 lagi..so aku di suruh rehat..

Dalis Sofeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dini Hafiy

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wedding

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kucingku

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers